Bil Kenyataan
1 MPHS ke arah Bil Maya sepenuhnya sebagai langkah menjayakan Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 11, 12, 13. Sehubungan itu, para pelanggan dijemput untuk sama-sama menjayakan agenda ini dengan mendaftar di pautan berikut sebagai tanda sokongan: http://mphs.app/mphs/index.php
2 Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tidak menjadi suatu kewajipan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menghantar Bil Cukai Taksiran pada setiap penggal.
3 Jumlah wang yang kena dibayar bagi setengah tahun pertama hendaklah dibayar sebelum 28 atau 29 hb. FEBRUARI manakala bagi setengah tahun kedua hendaklah dibayar sebelum 31hb. OGOS pada tahun yang berkenaan.
4 Jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya seperti (1) diatas masih terhutang dan belum dibayar didalam tempoh yang dinyatakan pada (1) diatas, jumlah wang itu adalah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut beserta dengan apa-apa bayaran yang ditetapkan mengikut Seksyen 147 dan 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau melalui tindakan mahkamah mengikut Seksyen 156 Akta yang sama.
5 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 152 memperuntukkan semua kos bagi apa-apa tindakan untuk menuntut tunggakan boleh dituntut seolah-olah kos itu menjadi sebahagian daripada tunggakan.
6 Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 160, segala pindah milik harta hendaklah dimaklumkan kepada pihak Majlis dalam tempoh 3 bulan. Pemilik boleh membuat permohonan pindah milik secara online di Sistem E-Penilaian di pautan https://epenilaian.mphs.gov.my/

24 Jam

  1. MPHS Pay
  2. Sistem e-Billing MPHS
  3. Portal PBTPay
  4. Citizen E-Payment (CEPat)
  5. JOMPAY
  • Cara-cara membayar menggunakan JOMPAY:
Bil Cara-Cara
1 Log-in pada Internet / Mobile Banking anda dan cari menu JomPAY.
2 Masukkan Biller Code MPHS : 8383, Ref-1 : (Nombor akaun harta) dan Ref-2: (Nombor telefon bimbit anda)
3 Masukkan jumlah bayaran & sahkan

 

* Pastikan anda memasukkan no. akaun dan no. telefon bimbit dengan betul sekiranya membuat pembayaran melalui perbankan internet.

Pejabat MPHS Kuala Kubu Bharu
  • Kaunter
  • Kiosk MPHS (24 jam)
Pejabat Cawangan Bukit Sentosa Kaunter
POS MALAYSIA BERHAD Kaunter cawangan seluruh Malaysia
Pihak Berkuasa Tempatan Kaunter sekitar Negeri Selangor Sahaja
Pejabat Tanah & Daerah (PTD) Kaunter sekitar Negeri Selangor Sahaja



Ibu Pejabat Kuala Kubu Bharu (GPS: 3.560042, 101.658363)

Hari Waktu
Isnin-Jumaat 8:00 pagi-4:30 petang***
*Sabtu , Ahad & Cuti Umum 9:00 pagi-2:00 petang***
KIOSK BAYARAN 24 JAM


Pejabat Kutipan Bukit Sentosa (GPS: 3.404114, 101.557734)

Hari Waktu
Isnin-Jumaat 8:30 pagi-4:30 petang***
*Sabtu , Ahad & Cuti Umum 9:00 pagi-2:00 petang***


* HANYA PADA BULAN JANUARI, FEBRUARI, JULAI DAN OGOS SAHAJA


Cara-Cara Membayar

Bil Cara-Cara Membayar
1 Bayaran di kaunter Ibu Pejabat boleh dibuat secara Kad Debit, Kad Kredit, E-Dompet, cek dan tunai.
2 Sila tulis nama, no. akaun harta dan no. telefon di belakang cek.
3 Pastikan anda memasukkan no. akaun dan no. bil dengan betul sekiranya membuat pembayaran melalui perbankan internet (https://ebilling.mdhs.gov.my:62001/MDHS/Payment).
4 Sekiranya tuan/puan tidak menerima Bil Cukai Taksiran, sila hubungi pejabat ini untuk mendapatkan salinan bil sebelum tempoh pembayaran tamat.
5 Sebarang pertukaran alamat surat menyurat hendaklah dipohon secara atas talian kepada Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Hulu Selangor di Sistem E-Penilaian.

Kempen Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi Tahun 2024

 
Untuk makluman, MPHS ke arah Bil Maya sepenuhnya sebagai langkah menjayakan Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 11, 12, 13. Sehubungan itu, para pelanggan dijemput untuk sama-sama menjayakan agenda ini dengan mendaftar di pautan berikut sebagai tanda sokongan: http://mphs.app/mphs/index.php
Insentif berbentuk rebat cukai akan diberikan kepada pelanggan cukai taksiran yang layak dan membuat pembayaran secara atas talian (online) melalui saluran pembayaran seperti di bawah :
 
No. Kaedah Pembayaran Kadar Rebat (RM)
1 MPHS Pay

RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja + RM2.00 sekiranya berjaya melanggani Bil Maya MPHS

2

JomPAY

RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja

3 Perbankan Internet

RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja

4 E-Dompet

RM6.00 bagi bayaran cukai setahun sahaja

5 Sistem E-Billing MPHS

RM3.00 bagi setiap penggal

 

Terma & Syarat:
  1. Terbuka hanya kepada kategori harta kediaman dengan pemilikan di atas nama individu yang mempunyai tuntutan pembayaran sahaja (iaitu jumlah tuntutan yang dinyatakan di dalam bil termasuk tunggakan sekiranya ada).
  2. Pelanggan cukai taksiran yang berjaya melanggani Bil Maya MPHS layak untuk mendapat tambahan rebat sebanyak RM2.00 (hanya melalui MPHS Pay).
  3. Pemberian rebat adalah terhad kepada RM150,000.00 yang pertama sahaja.
  4. Tempoh kempen bermula 01 Januari 2024 sehingga 30 April 2024.
  5. Majlis Perbandaran Hulu Selangor berhak untuk meminda atau mengubah sebahagian atau semua terma dan syarat kempen ini tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis. Sebarang pertikaian tidak akan dilayan dan keputusan Majlis Perbandaran Hulu Selangor adalah muktamad.
  6. Sila hubungi 03-60641331 sambungan 135/151 untuk sebarang pertanyaan.

     

    #DaripadaAndaUntukAnda
    #MajuPerkasaHasilSemua
    #HuluSelangorBandarRendahKarbon
    #AllahPeliharakanlahHuluSelangor
    #MPHSGo

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731654

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015