Rabu 17/08/2022 21:20
MENU

MENU

Aduan Peletakan Sisa Tinja Ayam Bagi Kegunaan Baja Di Kawasan Berhampiran Perumahan Dan Sekolah Di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

Tarikh Muatnaik: 04/07/2022
Tarikh Kemaskini: 05/07/2022

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerima aduan awam berkaitan kacau ganggu bau berhampiran Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2, Bukit Beruntung pada hari ini.
 
Siasatan awal telah dilaksanakan pada jam 11.00 pagi. Semasa lawatan, anggota mendapati aduan kacau ganggu bau tersebut wujud dan boleh menyebabkan ketidaselesaan kepada penduduk. Punca bau dikenalpasti berpunca daripada longgokan guni baja di kebun pisang yang jaraknya 10 meter dari kawasan perumahan dan sekolah.
 
Sebanyak 1600 guni baja jenis tinja ayam dilonggokkan berdekatan kawasan berkenaan. Anggota operasi telah berjumpa dengan pengusaha kebun dan beliau memaklumkan baja tersebut digunakan untuk aktiviti tanaman 600 pokok pisang di kebunnya yang berkeluasan 4 ekar.
 
Pengusaha juga memaklumkan beliau menyewa tanah tersebut daripada pemaju. Manakala tinja ayam yang digunakan pula telah dirawat, dan dicampur dengan habuk kayu yang diperolehi daripada pembekal di kawasan Batang Kali.
 
Pemeriksaan lanjut telah dijalankan dan mendapati tempat longgokan baja tinja (biru) adalah zoning pengangkutan & institusi kemudahan masyarakat (Pendidikan). Manakala kawasan kebun (merah) adalah zoning institusi kemudahan masyarakat (kegunaan kerajaan).
 
Pihak jabatan akan mengeluarkan Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan (Akta Kerajaan Tempatan 1976) bertempoh 7 hari kepada pengusaha dan pemaju, selain laporan akan dipanjangkan kepada Jabatan Pertanian dan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor untuk tindakan bersama.
EnglishMalay

Contact Us