Khamis 07/07/2022 03:29
MENU

MENU

Bengkel Usahawan Tani Laman Hijau Strata 2.0 dan Anugerah Laman Hijau Strata Negeri Selangor Tahun 2021

Tarikh Muatnaik: 09/12/2021
Tarikh Kemaskini: 09/12/2021

Pada 5 Disember 2021 bertempat di Midlands Convention Center, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menganjurkan Bengkel Usahawan Tani Laman Hijau Strata 2.0 dan Anugerah Laman Hijau Strata Negeri Selangor Tahun 2021.
 
Bengkel ini dihadiri oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dari seluruh Negeri Selangor. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan latihan kitar strata penghasilan baja kompos, kreativiti kitar semula dan inovasi menghiasi Laman Hijau Strata.
 
Majlis Anugerah Laman Hijau Strata Negeri Selangor Tahun 2021 telah dirasmikan oleh YB. Puan Rodziah Binti Ismail, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor. Turut hadir Mohd Hafiz Bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan, LPHS.
JMB Pangsapuri Seri Bakawali dan JMB Pangsapuri Seri Semarak melepasi saringan penilaian yang telah dijalankan pada November 2021. JMB Pangsapuri Seri Bakawali berjaya memenangi Tempat Pertama dengan hadiah berupa cek bernilai RM 8,000.00 serta sijil penghargaan. JMB Pangsapuri Semarak pula ditempat ketiga dengan hadiah berupa cek bernilai RM 4,000.00 serta sijil penghargaan.
 
Tahniah kepada JMB Pangsapuri Seri Bakawali dan JMB Pangsapuri Seri Semarak yang telah memberikan komitmen yang tinggi di dalam program Laman Hijau ini. Semoga anugerah yang diterima akan menjadi contoh kepada JMB/MC di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk terus cemerlang pada masa akan datang.
EnglishMalay

Contact Us