Cukai Taksiran
Pembayaran secara atas talian “Online Payment”
24 Jam sehari
3. PBTPay
4. JOMPAY
![]() |
– | ‘Log-in’ pada Internet / Mobile Banking anda dan cari menu JomPAY. |
![]() |
– |
Masukkan Biller Code MPHS : 8383, Ref-1 : (Nombor akaun harta) dan Ref-2: (Nombor telefon bimbit anda) |
![]() |
– | Masukkan jumlah bayaran & sahkan |
Pembayaran Di Kaunter
Pejabat MPHS Kuala Kubu Bharu | : | Kaunter dan kiosk MPHS |
Pejabat Cawangan Bukit Sentosa | : | Kaunter |
POS MALAYSIA BERHAD | : | Kaunter cawangan seluruh Malaysia |
Pihak Berkuasa Tempatan | : | Kaunter sekitar Negeri Selangor Sahaja |
Pejabat Tanah & Daerah (PTD) | : | Kaunter sekitar Negeri Selangor Sahaja |
Ibu Pejabat Kuala Kubu Bharu (GPS: 3.560042, 101.658363)
Isnin – Jumaat | : | 8:00 pagi – 4:30 petang |
*Sabtu , Ahad & Cuti Umum | : | 9:00 pagi – 2:00 petang |
KIOSK BAYARAN 24 JAM |
Pejabat Kutipan Bukit Sentosa (GPS: 3.404114, 101.557734)
Isnin – Jumaat | : | 9:00 pagi – 4:30 petang |
* Sabtu, Ahad & Cuti Umum | : | 9:00 pagi – 1:00 petang |
*DI BUKA PADA JAN, FEB, JULAI & OGOS SAHAJA
Cara – Cara Membayar
- Bayaran dikaunter Ibu Pejabat boleh dibuat secara tunai, cek, kad kredit,kad ATM, bank draf atau kiriman wang pos.
- Pembayaran secara pos boleh dibuat melalui cek, bank draf atau kiriman wang pos atas nama “Majlis Perbandaran Hulu Selangor” dan dipalang “kira-kira penerima sahaja”. Sila tulis nama, alamat, no. akaun harta dan no. telefon dibelakang cek, bank draf atau kiriman wang pos tersebut.
- Pastikan anda memasukkan no. akaun dan no. bil dengan betul sekiranya membuat pembayaran melalui perbankan internet.
- Sekiranya tuan/puan tidak menerima Bil Cukai Taksiran, sila hubungi pejabat ini untuk mendapatkan salinan bil sebelum tempoh pembayaran tamat.
- Sebarang pertukaran alamat surat menyurat hendaklah dipohon secara atas talian kepada Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Hulu Selangor di Sistem E-Penilaian.
Kenyataan Penting
- Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tidak menjadi suatu kewajipan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menghantar Bil Cukai Taksiran pada setiap penggal.
- Jumlah wang yang kena dibayar bagi setengah tahun pertama hendaklah dibayar sebelum 28 atau 29 hb. FEBRUARI manakala bagi setengah tahun kedua hendaklah dibayar sebelum 31hb. OGOS pada tahun yang berkenaan.
- Jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya seperti (1) diatas masih terhutang dan belum dibayar didalam tempoh yang dinyatakan pada (1) diatas, jumlah wang itu adalah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut beserta dengan apa-apa bayaran yang ditetapkan mengikut Seksyen 147 dan 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau melalui tindakan mahkamah mengikut Seksyen 156 Akta yang sama.
- Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 152 memperuntukkan semua kos bagi apa-apa tindakan untuk menuntut tunggakan boleh dituntut seolah-olah kos itu menjadi sebahagian daripada tunggakan.
- Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 160, segala pindah milik harta hendaklah dimaklumkan kepada pihak Majlis dalam tempoh 3 bulan. Pemilik boleh membuat permohonan pindah milik secara online di Sistem E-Penilaian.
Perkhidmatan Kutipan 'Turun Padang'
Menyediakan Perkhidmatan Kutipan ‘Turun Padang’ bagi ibu hamil, orang kelainan upaya dan warga emas, sila atur temujanji melalui e-mel: kewangan@mphs.gov.my Kami akan turun menemui anda untuk kutipan pembayaran. Urusniaga boleh dilakukan secara tunai, cek & kad (kredit, debit & bank) QR Pay, E-Billing dan E-Wallet.