Aktiviti Plogging Plus+ bersama rakan strategik, Sustainable Solution

Kerling, 16 November 2024 – Aktiviti Plogging Plus+ bersama rakan strategik, Sustainable Solution berjaya mengumpul sebanyak 86.25 kilogram sampah di salah satu kawasan rekreasi Hulu Selangor iaitu Kolam Air Panas Kerling. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar sambil beriadah.

Program ini telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk sukarelawan alam sekitar, para pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, kakitangan MPHS dan lain-lain. Para peserta dilengkapi peralatan seperti pengepit sampah, sarung tangan dan guni sebelum memulakan aktiviti plogging pada jam 8.45 pagi.

Sisa yang berjaya dikumpul pada hari ini termasuk bahan logam seperti besi dan tin, polisterin, bungkusan makanan, botol plastik dan botol kaca, plastik sekali guna, sisa lengai, dan kertas. Kesemua sisa ini diasingkan terlebih dahulu kemudian ditimbang di akhir acara, di mana hasil kutipan ini direkodkan sebagai sebahagian daripada usaha memantau jumlah sampah yang berjaya dikurangkan di sekitar kawasan kolam air panas ini.

MPHS berharap aktiviti plogging ini dapat diteruskan di kawasan rekreasi lain di dalam daerah Hulu Selangor sebagai langkah konsisten mempromosikan kesedaran alam sekitar dan orang awam harus mengambil langkah proaktif untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 22 November 2024, 04:22:06.
Total Visitors :
00875573

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015