Bentong, 19 November 2024 (selasa)- Majlis Perasmian dan Makan Malam sempena Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2024 - 2025 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merangkap Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong.
Turut hadir sama adalah YH. Dato’ Rose Samsul bin Abdul Razak, DIMP. ,AAP. ,AMP., Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Bentong, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar merangkap Pengerusi Biro Inovasi dan Transformasi (MALA), YH. Dato Razihan bin Adzharuddin, DIMP. ,AAP., Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuantan, YH. Dato’ Haji Mohammad Shahid bin Ismail, DIMP., AAP., Pegawai Daerah Bentong, Puan Noorul Nazreen binti Nordin, Setiausaha, Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Bandar - Datuk Bandar, Yang Dipertua - Yang Dipertua, Timbalan Datuk Bandar - Timbalan Datuk Bandar, Setiausaha - Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli Jawatankuasa Eksekutif MALA, Ahli - Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Bentong, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Bentong dan peserta - peserta.
MPHS akan menghantar dua kumpulan inovasi iaitu Kumpulan Nova Tech dengan projek MPHS GO 3.0 dan Kumpulan Aspire dengan projek Sistem Penguatkuasaan Bersepadu 2.0 bagi pertandingan Inovasi Mala 3.0 ini.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon