Fungsi Jabatan & Bahagian
Jabatan Khidmat Pengurusan
Bahagian Pentadbiran
Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan pengurusan tenaga manusia yang berdaya saing serta berdaya maju selaras dengan kehendak organisasi.
Jabatan Perbendaharaan
Membentuk imej akauntabiliti Majlis melalui pengurusan bajet, kewangan dan perakaunan yang cekap dan berkesan.
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
Memastikan setiap pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor dinilai mengikut peruntukan perundangan bagi tujuan mengenakan cukai taksiran.
Jabatan Kejuruteraan
Jabatan Bangunan
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Jabatan Pelesenan
Jabatan Perancang Bandar
Mewujudkan perancangan pembangunan dan kawasan rekreasi yang terancang serta indah untuk memberikan keselesaan dan kemudahan berkualiti kepada penduduk Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Memastikan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Belia & Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke tahap kecekapan maksima. Membina masyarakat belia yang berakhlak, berdisiplin, melahirkan pemimpin dan usahawan belia serta mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran. Mewujudkan masyarakat yang sihat, aktif dan cergas melalui program-program belia, kemasyarakatan dan sukan. Menggalakkan masyarakat menyertai program-program penganjuran Jabatan Belia & Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Bahagian Korporat
Menyediakan maklumat, memberi penerangan serta promosi berkaitan aktiviti-aktiviti dan program Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) serta Melayani aduan dari orang awam dan memberi laporan dan memastikan tindakan telah diambil terhadap setiap aduan.
Bahagian Teknologi Maklumat
Menyelaraskan dan mengawal pembangunan ICT di Majlis Perbandaran Hulu Selangor
Bahagian Perundangan
Bahagian Audit Dalam
- Memantau, menyiasat,menganalisa dan menjadi penasihat dalam segala aktiviti Pengurusan Dan Pentadbiran agar mematuhi Kawalan Dalaman dan Peraturan.
- Menentukan bahawa operasi- operasi kewangan di uruskan dengan teratur dan memastikan bahawa dasar- dasar, undang- undang dan peraturan yang wajib adalah di patuhi.
- Mengkaji dan menilai secara teratur dan sistematik operasi agensi dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, keselesaan dan ekonomi.
- Mengesan sebarang kelemahan atau masalah pihak terbabit dan mengesyorkan langkah- langkah bagi memperbaiki operasi dalam bidang- bidang yang memerlukannya atau dalam keadaan dimana tindakan pembetulan adalah diperlukan.
- Menyediakan Laporan Audit yang berkualiti untuk menambahbaik pengurusan dan pentadbiran.
- Membuat audit susulan supaya pekara yang di temui tidak berulang dan diambil tindakan.
Bahagian Pusat Setempat (OSC)
Memendekkan norma masa memproses secara serentak cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian,prosedur dan proses cadangan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan.
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Memperkemaskan kaedah mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan dengan berkesan bagi semua jenis bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan serta mewujudkan kesedaran di antara pembeli/pemilik/pemaju/ Badan Pengurusan Bersama ( Joint Management Body – JMB )/ Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan bangunan selaras kehendak Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 ( Akta 663) – (Building And Common Property)(Maintenance And Management Act) 2007 (Act 663) dan juga memperkemas dan meningkatkan aspek penguatkuasaan serta pelaksanaan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 ( Akta 663 ) – (Building And Common Property) (Maintenance And Management Act) 2007 (Act 663).