Fungsi
Tarikh Kemaskini: 02/05/2021
Pihak berkuasa tempatan adalah kerajaan diperingkat tempatan yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan ekonomi, sosial, fizikal dan persekitaran bandar mengikut sempadan pentadbiran yang telah diwartakan.
Disamping bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan juga berperanan memberi perkhidmatan seperti berikut:
- Pembekal Perkhidmatan
- Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
- Pemangkin Pembangunan Sosial & Ekonomi
- Pelindung Alam Sekitar Bandar
- Pengutip Hasil Cukai