LAPORAN KES DENGGI EPID 2015 I-TEGUR

Jumaat 31/03/2023 14:19
Jumaat 31/03/2023 14:19

Hulu Selangor Photo Hunt 2017

Tarikh Muatnaik: 10/04/2017
Tarikh Kemaskini: 11/08/2021

Program Hulu Selangor Pgoto Hunt 2017 merupakan salah satu acara dalam kalendar acara tahunan MDHS sempena Tahun Melawat Hulu Selangor 2017. Program ini merupakan acara yang dianjurkan olah pihak MDHS dibantu oleh pihak PCP dan KTM.

Penganjuran acara ini merupakan penganjuran kali pertama yang dijalankan oleh pihak MDHS. Acara ini telah diadakan pada 9 April 207 pada jam 8.00 pagi di KL Sentral bermula dengan sesi pendaftaran penyertaan oleh peserta dan akan berakhir di KTM Kuala Kubu Bharu pada jam 5.00 petang iaitu selepas sesi penyerahan hadiah kepada para pemenang.

Acara ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Lee Kee Hiong, ADUN Kuala Kubu Bharu, Puan Hajah Noraini binti Haji Roslan, SIS. PPT., Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Azman bin Dahlan, Tuan Setiausaha MDHS serta beberapa orang lagi tetamu-tetamu kehormat yang turut hadir bagi menjayakan program ini.

Acara ini mempunyai cabaran dan keunikannya tersendiri kerana acara ini secara keseluruhannya menggunakan pengangkutan awam iaitu KTM tanpa ada menggunakan kenderaan lain. Peserta akan menaiki KTM dan akan berhenti di “check point” yang telah ditentukan dan mereka akan dikenakan beberapa cabaran yang harus diselesaikan sbelum meneruskan perjalanan ke “check point” yang seterusnya.

Bilangan peserta yang telah menyertai acara pada kali ini adalah seramai 200 orang peserta yang dibahagikan mengikut beberapa buah kumpulan iaitu 50 buah kumpulan dan setiap kumpulan memiliki empat orang peserta sahaja.

Acara berakhir pada jam 5.30 petang.

Contact Us