4 Kebun Komuniti Di Hulu Selangor Terima Bantuan

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyambut kedatangan Yang Berhormat Tuan Ir. Izham bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Perladangan & Industri Asas Tani Negeri Selangor di Taman Desa Anggerik, Serendah bagi Majlis Penyerahan Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0 bagi Kebun Komuniti di Daerah Hulu Selangor pada 2 November 2021.
Antara yang turut hadir adalah Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Azahar Ibrahim, Pengarah Jabatan Pertanian Hulu Selangor dan ahli-ahli majlis MPHS.
Di dalam majlis tersebut, YB Ir Izham telah menyerahkan tanah hitam (50 bag), cangkul (2 unit), penggali Lubang (5 unit), skop (2 unit), pengembur tangan (1 buah), Mesin rumput (1 unit), Spray Mini (2 buah), Getap paip 30 meter (1 gulung) dan kereta sorong (1 buah). Pakej bantuan turut diberikan kepada Kebun Komuniti Desa Melor, Kebun Komuniti Jalan Inai 3 dan Kebun Komuniti Berpusat, Bukit Beruntung yang mana setiap kebun komuniti ini diberi bantuan berbentuk keperluan kebun komuniti masing-masing berjumlah RM 5000.
Di Hulu Selangor, Kebun Komuniti telah wujud pada tahun 2015 yang dibangunkan sendiri oleh Persatuan Penduduk. Terdapat dua puluh empat (24) Kebun Komuniti di sekitar Daerah Hulu Selangor yang telah mendapat kebenaran daripada Jabatan untuk diusahakan.
Bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam, Majlis Perbandaran Hulu Selangor turut membina sebuah kawasan Kebun Komuniti Berpusat dan telah siap pada 28 Januari 2020. Tujuan utama Kebun Komuniti Berpusat ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada individu-individu yang ingin mengusahakan aktiviti berkebun tetapi tidak mempunyai tanah bagi tujuan tersebut.
Di dalam ucapan YB Ir. Izham, beliau menyarankan agar pekebun-pekebun sekarang perlu memikirkan kaedah terkini seperti penggunaan teknologi moden antaranya kedah penanaman secara fartigasi, hidroponik dan aeroponik di mana kawasan berkebun yang kecil tetapi boleh memberikan pulangan yang sangat besar.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri akan sedia membantu menyediakan kemudahan dan keperluan kebun-kebun komuniti ini untuk dapat seiring dengan kebun-kebun sendirian. Bantuan ini akan dikembangkan lagi pada tahun hadapan dan berharap jawatankuasa kebun komuniti ini akan berusaha lebih untuk mempertingkatkan produk hasil kebun mereka dan pelbagaikan tanaman-tanaman yang bermutu tinggi supaya kebun ini akan lebih maju dan dapat memberikan hasil yang lumayan.
Pekebun diingatkan agar menjaga alam sekitar dengan tidak menggunakan baja kimia dan racun yang terbukti mendatangkan bahaya kepada pekebun dan pengguna. Sebaliknya menggunakan produk organik dan mesra alam sebagai kaedah alternatif yang terbukti lebih selamat, sihat dan tidak mencemarkan alam sekitar, katanya lagi.
Di dalam majlis yang sama, YB Ir Izham turut di bawa melawat kebun komuniti Taman Desa Anggerik dan berkesempatan menanam pokok Manggis Mesta sebagai simbolik penyerahan sumbangan.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731998

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015