MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH PERDANA MDHS

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH PERDANA MDHS

Bersempena sambutan 100 tahun perancangan bandar (1921-2021) dan menyambut Bulan Ramadan al-mubarak, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah melaksanakan Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah Perdana bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu pada 16 April 2021 bersamaan 04 Ramadan 1442H.

Acara dimulakan dengan bacaan yasin yang diketuai oleh saudara Syed Usamah Syed Shahar dengan dihadiri seramai 120 kakitangan MDHS. Hadir sama Setiausaha MDHS, Tuan Awaluddin bin Zakaria serta semua pengarah dan ketua jabatan MDHS.

Majlis diteruskan dengan ceramah keagamaan bertajuk ” Jom Raih Pahala Ramadan.” Sesi ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Syamsul Amri bin Ismail atau dikenali sebagai Syamsul Debat.

Antara perkongsian yang telah disampaikan ialah berkaitan fadilat-fadilat dan amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika bulan ramadan. Pengisian yang ringkas dan cara penyampaian yang bersahaja telah mencuit hati penonton mendengar kisah-kisah yang dikongsi oleh penceramah.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732373

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015