Majlis Pelancaran Selangor Youth Skills 2021 (SYS2021)

SHAH ALAM, 20 Ogos 2021: Presiden dan EXCO Penggerak Belia Selangor (PeBS) menerima jemputan ke Majlis Pelancaran Selangor Youth Skills 2021 (SYS2021).

SYS2021 merupakan satu pertandingan buat belia menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam kategori ‘Animation Creation’, ‘Hackaton’, ‘Fashion Technology’, ‘Furniture Making’, ‘Terrarium Design’, ‘Architectural Technology’, Graphic Technology, ‘Short Film & Video’, ‘Social Media Marketing’, ‘Song Composition’.

10 sektor yang dipertandingkan ini akan dinilai oleh juri iaitu pemain-pemain industri di Malaysia. Bagi yang mendaftar anda mungkin memenangi Playstation 5 ataupun GoPro, secara keseluruhan hadiah terkumpul sebanyak RM100,000 menanti para pemenang.

Kerajaan Negeri Selangor dan Penggerak Belia Selangor yakin bahawa bakat yang ada pada golongan generasi muda ini boleh dikembangkan menjadi satu profesion yang mampu menjamin masa depan mereka dengan itu PeBS menyokong penuh program ini untuk dianjurkan lagi di masa hadapan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman turut hadir memberi ucapan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor, Tuan Mohamad Nizam bin Marjugi.

Majlis dibuka dengan persembahan hebat daripada DJ Fuzz dan persembahan oleh Haqiem Rusli sebagai penutup majlis.

Sertai SYS2021 dengan melayari www.systv.my

EXCO Generasi Muda & Sukan dan Modal Insan

#BeliaSelangorPenerajuKejayaan
#KitaBeliaSelangor
#SelangorYouthSkills

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731900

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015