MPHS Bersama Mr D.I.Y Trading Sdn Bhd Laksana Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (Csr) Di Sungai Kedondong, Batang Kali

Demi semangat cintakan kelestarian alam semuladi, Syarikat terkemuka MR DIY Trading Sdn Bhd bersama-sama dengan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkolobrasi melaksanakan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di kawasan Rekreasi Sg. Kedondong, Batang Kali.
Fokus utama projek ini dilaksanakan adalah berikutan masalah pembuangan sisa buangan yang ditinggalkan oleh pengunjung yang berkunjung di kawasan tersebut. Seramai 80 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan MPHS, MR DIY, JPS Hulu Selangor, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perhutanan Daerah dan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) terlibat dalam program pada hari ini.
Projek CSR ini melibatkan aktiviti plogging, baik pulih wakaf dan mengecat bangunan yang terdapat di kawasan rekreasi ini. Anggaran berat timbangan berat sisa sampah yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak 300 kg yang terdiri daripada sisa plastik, botol, pakaian dan pelbagai lagi.
Simbolik perasmian projek CSR ini adalah Majlis Penyerahan dan Pemasangan Papan Tanda Utama serta papan tanda amaran dan peringatan untuk para pengunjung ke kawasan ini. Program dihadiri Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS dan Dato Azlam Shah bin Alias, Pengerusi MR D.IY. Turut hadir bersama ialah Encik Andrian Ong, Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y dan Encik Henry Woon, Naib Pengerusi Pengurusan Sumber Manusia MR D.I.Y.
Tuan Yang Dipertua, amat berterima kasih kepada pihak Syarikat MR D.I.Y yang sudi berkolobrasi dalam projek ini bersama pihak MPHS ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG’s). Beliau turut mengingatkan kepada para pengunjung agar menjaga alam semula jadi serta keselamatan semasa dikawasan ini. Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk melaksanakan kempen membawa pulang sisa yang dihasilkan agar kejadian seperti kencing tikus dan denggi dapat dielakkan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731971

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015