Program Kempen Sayangi Sungai – R.O.W.S ( River Our Water Supply)

Bersempena Hari Sungai Sedunia , Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) telah melaksanakan Program Kempen Sayangi Sungai – River Our Water Supply (R.O.W.S) pada 17 September 2022 dengan kerjasama Ahli Majlis kawasan Zon 9 Puan Saripah binti Bakar dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung( MPKK) di kawasan perkelahan Alor Lempah,Ampang Pecah,Kuala Kubu Bharu.
Aktiviti program yang dilakukan adalah _plogging_ ( kutip sampah anda dan bawa pulang) dimana orang ramai akan diberi beg plastik _biodegradasi_ untuk mengutip sampah di kawasan sekitar dan akan menerima hadiah. Selain itu,pihak pengunjung akan menjawab soalan kuiz ( kahoot) berkaitan alam sekitar disamping dapat menguji tahap kesedaran alam sekitar dikalangan individu.
Program ini dilaksana bagi memupuk semangat dan kesedaran orang ramai bagi memastikan alam sekitar kita dipelihara dan dijaga agar tidak memberi kesan buruk terhadap flora dan fauna.
Sebagai permulaan, seramai 30 orang telah terlibat dengan 15 kilogram sampah berjaya dikutip pada pagi ini. Sehubungan dengan itu, pihak MPHS berharap program ini akan mendapat sambutan serta memberi impak kepada alam sekitar disamping memupuk kesedaran alam sekitar dikalangan orang ramai supaya lebih peka menjaga alam sekitar.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728567

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015