Program Webinar Pendidikan Komuniti Strata Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021 Siri 2

Bahagian Pesuruhjaya Bangunan Majlis Daerah Hulu Selangor (COB MPHS) telah berjaya mengadakan satu program Webinar Pendidikan Komuniti Strata Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021 secara dalam talian bagi jawatankuasa Pengurusan Strata Daerah Hulu Selangor pada 22 November 2021.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Yang Dipertua MPHS yang juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan 1, Tuan Awaluddin bin Zakaria A.M.S. Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Unit Auditan , Cawangan Pendakwaan, Auditan dan Pengauatkuasaan, KPKT iaitu Encik Kama Azizi bin Kamarulzaman. Webinar ini menfokuskan berkenaan Garis Panduan Kaedah Perolehan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata dan memberi kefahaman lanjut berkaitan peranan dan tanggungjawab JMB/MC/Ejen Pengurusan dalam mematuhi kaedah-kaedah perolehan bagi setiap tingkat perbelanjaan.
 
Program ini telah dihadiri seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada jawatankuasa pengurusan dan kakitangan JMB/MC dan Ejen Pengurusan. Diharapkan dengan pelaksanaan program webinar Siri 2 ini dapat memberi manfaat kepada JMB/MC dan Ejen Pengurusan agar dapat melaksanakan kaedah perolehan yang lebih telus seterusnya dapat mengelakkan aduan-aduan berkaitan pengurusan kewangan di kawasan kediaman berstrata masing-masing dan seterusnya dapat memastikan kehidupan di komuniti strata yang selesa dan harmoni.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728570

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015