Sekitar Program 100 Years Town Planning Ride Kuala Kubu Bharu Ke Putrajaya Bersempena Dengan Sambutan 100 Tahun Perancang Bandar Malaysia

Program PROGRAM 100 YEARS TOWN PLANNING RIDE KUALA KUBU BHARU KE PUTRAJAYA anjuran Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PESADA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Tujuan program ini adalah bagi mengenang semula pejalanan profesion Perancang Bandar yang bermula dengan Perancangan Bandar Kuala Kubu Bharu yang dirancang oleh Perancang Bandar pertama Malaya dengan konsep Bandar Taman ke Putrajaya yang merupakan bandar terkini dirancang dengan konsep Bandar Taman Pintar.
 
Kayuhan disertai oleh 8 peserta dari PESADA dan turut disertai 3 peserta dari MPHS. Jarak kayuhan yang akan ditempuhi oleh penunggang sejauh 100KM yang juga sinigfikan dengan sambutan 100 tahun Perancang Bandar. Peserta dilepaskan bersama oleh Yang Dipertua MPHS Tuan Mohd Hasry Nor Mohd dan Naib Presiden Persatuan Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA), TPr. Annie Syazrin binti Ismail. Sebagai simbolik pelepasan Tuan YDP menandatangi bendara Kayuhan 100 tahun dan bendera ini dibawa oleh peserta untuk ditandatangani pula oleh Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732263

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015