Tahniah Majlis Perbandaran Hulu Selangor!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor atas pengisytiharan rasmi sebagai Majlis Perbandaran oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebentar tadi.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah diluluskan naik taraf oleh Jemaah Menteri pada 24 Februari 2021 setelah menepati semua kriteria naik taraf sesebuah perbandaran.

Naik taraf ini memberi makna yang cukup besar kepada perkembangan sesebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seluruh warganya — perkhidmatan perbandaran yang lebih baik dapat diberikan, pembangunan sosio-ekonomi setempat yang lebih berdaya maju boleh dihasilkan, pelbagai infrastruktur asas yang lengkap dapat disediakan serta tahap daya huni yang lebih tinggi dapat dihasilkan.

Tahniah juga kerana MPHS merupakan PBT pertama yang menubuhkan tabung endowmen yang dikenali sebagai Tabung Endowmen MPHS. Inisiatif ini merupakan salah satu strategi untuk merancakkan lagi pembangunan lestari serta perkhidmatan sokongan yang dapat memberi manfaat kepada warga pentadbiran MPHS.

Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada MPHS serta seluruh Keluarga Malaysia di bawah pentadbiran MPHS.

Teruskan memberi perkhidmatan terbaik!
Dato’ Reezal Merican Naina Merican

#PBT #MPHS
#PasukanKPKT
#MalaysiaBerdayaHuni

Facebook :
https://www.facebook.com/100044159033247/posts/441595260655771/?d=n

Instagram :
https://www.instagram.com/p/CVRxpk9lPWO/?utm_medium=copy_link

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728566

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015