Jawatan Kosong MPHS (31 Januari – 13 Februari 2023)

Permohonan adalah secara atas talian (online) sahaja. Pemohon dinasihatkan untuk membaca syarat-syarat permohonan secara atas talian (online) sepenuhnya.

  1. Syarat-syarat permohonan secara atas talian (Online):
    1.1 Cara-cara memohon:
    1.1.1 Sila klik pautan ini untuk melihat iklan jawatan kosong dan mengisi maklumat pemohon secara online. https://ejawatan.mphs.gov.my
    1.1.2 Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, fax tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda * hendaklah diisi.
    1.1.3 Sila pilih Nama Jawatan seperti yang tertera di ruangan iklan.
    1.1.4 Senarai dokumen yang perlu dimuat naik (upload):
    a) Gambar berukuran passport.
    b) * Salinan Sijil kelahiran yang telah disahkan.
    c) * Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
    d) * Salinan Sijil SPM yang telah disahkan.
    e) * Salinan Sijil Akademik berkaitan jawatan yang dipohon sahaja yang telah disahkan.
    f) Biodata Diri (Resume).
    g) * Salinan Lesen Memandu yang telah disahkan.
    – Semua dokumen yang bertanda (*) perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar/ Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
    – Maklumat tambahan:
    Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) dalam Sistem Permohonan Jawatan Secara Online hendaklah:
    a) diimbas (scan) terlebih dahulu
    b) disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)
    – Di  ruangan muat naik (Sistem Online):
    – Sila klik butang tambah (+), pilih dan klik fail yang telah disimpan dalam bentuk .pdf atau .jpeg. Kemudian fail .pdf atau .jpeg akan kelihatan di ruang butang (+).

1.1.5 Sila klik butang hantar. Pemohon akan menerima satu notifikasi “Permohonan anda berjaya dihantar. Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi.“.

2. Setiap jawatan yang dipohon perlu disertakan dengan dokumen yang dimuat naik seperti di perkara 1.1.4 sebelum atau pada 13 FEBRUARI 2023.

 3.  Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2020, 2021 dan 2022). Dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar melalui pos. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

4. Catatan Am
a. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan DITOLAK.
b. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
c. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
d. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh temuduga iklan hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731955

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015