Maklum balas isu Dewan Taman Seri Cahaya, Batang Kali, Hulu Selangor

MAKLUMBALAS ISU DEWAN TAMAN SERI CAHAYA, BATANG KALI HULU SELANGOR

Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen, Yang Berhormat Hasnizan Harun menerusi laman sosial TikTok milik beliau berkenaan isu dewan yang rosak di Taman Seri Cahaya, Batang Kali Hulu Selangor.

Pihak majlis ingin mengulas kenyataan tersebut bahawa dewan yang dimaksudkan adalah berstatus balairaya dan bukan dibawah penyelenggaraan MPHS.

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, “Pihak majlis hanya mengurus dan menyelenggara 15 buah dewan milik majlis iaitu :

  1. Dewan Orang Ramai Bernam Jaya
  2. Dewan Orang Ramai Batang Kali
  3. Dewan Orang Ramai Hulu Bernam
  4. Dewan Orang Ramai Kalumpang
  5. Dewan Orang Ramai Kerling
  6. Dewan Orang Ramai Hulu Yam Bharu
  7. Dewan Orang Ramai Serendah
  8. Dewan Orang Ramai Sg. Choh
  9. Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu
  10. Dewan Komuniti Serendah
  11. Dewan Komuniti Bukit Sentosa
  12. Auditorium Dato Abd Hamid, Batang Kali
  13. Dewan Dato’ Abd.Hamid, Batang Kali
  14. Dewan Orang Ramai Rasa Tambahan
  15. Dewan Danau Hulu Bernam

Sehubungan itu, sejak daripada pembinaan Balairaya Taman Seri Cahaya tersebut pengurusan dan penyelenggaraan premis tersebut adalah di luar bidang kuasa MPHS.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731903

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015