Sinar Harian 8 Jun 2023

HULU SELANGOR – Jangan buang minyak masak terpakai sebaliknya minyak itu boleh dijual semula dengan harga RM2.30 per kilogram (kg) menerusi Program Sisa Jadi Dana (SIDINA) Used Cooking Oil (UCO).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Mohd Hasry Nor Mohd berkata, isi rumah dan penjaja yang menjual makanan bergoreng digesa mengambil peluang menyertai program tersebut.

Menurutnya, orang awam perlu mengelak membuang minyak secara terus kerana boleh menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

“Program (kumpul minyak terpakai) ini dapat menjana pendapatan tambahan bagi isi rumah khususnya bagi kumpulan B40.

“MPHS akan terus komited dalam menyediakan platform bagi menggalakkan amalan kitar semula di kalangan komuniti dalam usaha mencapai misi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Program Bandar Rendah Karbon (LCCF),” katanya.

Pada Khamis, MPHS telah menganjurkan Program Kitar Semula Minyak Terpakai di bawah SIDINA di Pusat Kitar Semula, Kuala Kubu Bharu di sini.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 21 Mei 2024, 04:28:03.
Jumlah Pelawat :
00751619

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015