KARNIVAL ‘WORLD LANDSCAPE ARCHITECTURE MONTH 2017’
Program Karnival ‘World Landscape Architecture Month 2017’ beserta telah berlangsung dengan meriahnya pada 15 hingga 16 April 2017 (Sabtu Hingga Ahad) bertempat di Jalan Gapi 1A. Turut hadir pada program ini adalah Puan Hajah Noraini binti Haji Roslan, SIS., PPT., Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Azman bin Dahlan, Setiausaha MDHS, Ahli-ahli Majlis MDHS, Pengarah Jabatan MDHS serta wakil-wakil dari Jabatan di Daerah Hulu Selangor.
Antara aktiviti yang dianjurkan pada 15 April 2017 pada waktu pagi ialah Ceramah daripada FRIM bertajuk “Kepentingan pokok untuk kehidupan”, Pertandingan mewarna serta ‘Street Soccer’ Futsal antara Jabatan Landskap PBT Selangor. Seterusnya pada waktu petang aktiviti diteruskan lagi dengan Pertandingan Karaoke, Cabutan bertuah, Explorace: “Plant Hunting’ serta teka silang kata manakala pertandingan karaoke diadakan pada sebelah malam.
Pada 16 April 2017 telah diadakan pada waktu pagi Ceramah daripada Jabatan Landskap Negara yang bertajuk “RAKAN TAMAN” serta daripada Institut Landskap Malaysia (ILAM) : “Hubungan landskap dan ekopelancongan”. Seterusnya aktiviti diteruskan lagi dengan pertandingan mewarna terbuka serta Sukan rakyat.
Pada Tengah hari dan petang telah diadakan Perasmian Program ‘World Landscape Architecture Month’ 2017 dtelah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Esa bin Ahmad Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara. Seterusnya aktiviti diteruskan lagi dengan penyampaian saguhati dan cenderamata serta Penyampaian Hadiah ‘Street Soccer’. Program berakhir pada jam 5.00 petang.