Jumaat 09/12/2022 12:55
MENU

MENU

Kunjungan Hormat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke Ibu Pejabat PKNS

Tarikh Muatnaik: 16/04/2022
Tarikh Kemaskini: 16/04/2022

KUNJUNGAN HORMAT YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR KE IBU PEJABAT PKNS SERTA TAKLIMAT PEMBANGUNAN ANTARA GAPI DAN BERNAM JAYA OLEH PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tuan Yang Dipertua MDHS, Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd telah mengadakan kunjungan hormat Ke Ibu Pejabat PKNS di Seksyen 14, Shah Alam. Rombongan turut disertai Pengarah dan Ketua Jabatan MDHS. Ini adalah perjumpaan rasmi ketiga Tuan Yang Dipertua bersama pelabur / pemaju Daerah Hulu Selangor bagi mendengar sebarang isu yang timbul di dalam pelaksanaan pembangunan serta bertukar – tukar pandangan di dalam memajukan lagi Daerah Hulu Selangor

Di dalam ucapan aluan Tuan Yang Dipertua; beliau melihat PKNS adalah pemaju utama di Daerah Hulu Selangor dengan anggaran keluasan ‘land bank’ berkeluasan 1000 ekar di Antara Gapi dan 6000 ekar Bernam Jaya. Beliau berpuas hati dengan dengan kemajuan pembangunan di Antara Gapi namun beliau berharap pihak PKNS dapat membawa kerancakan pembangunan yang sama di Bernam Jaya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PKNS kerana selain membangunkan hartanah, PKNS juga aktif dan terlibat di dalam program – program kemasyarakatan.

Seterusnya deligasi diberi taklimat pembangunan Antara Gapi oleh YBrs Puan Lenny Liana Bt Kasmain; Pengerus Besar Pembangunan Antara Gapi dan taklimat pembangunan Bernam Jaya oleh YBrs. Tuan Ir. Ts. Haji Ahmad Feruz B. Izharuddin; Pengarah Projek Pembangunan Bernam Jaya.

Lawatan diakhiri dengan sesi bertukar momento. Pihak MPHS telah menghadiahkan lukisan Burung Takur Muka Biru (Blue-throated barbet) yang telah dilukis oleh peserta pertandingan lukisan Wings Of KKB: Selangor International Birds Fair 2019 sebagai promosi program tahunan Wings Of KKB: Selangor International Birds Fair yang dianjurkan oleh pihak MPHS.
 
 
 
 
EnglishMalay

Contact Us