Ahad 29/05/2022 06:13
MENU

MENU

Laporan Operasi Pemantauan Dan Pemeriksaan Premit Penjaja

Tarikh Muatnaik: 14/01/2022
Tarikh Kemaskini: 17/01/2022

Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menjalankan pemantauan dan pemeriksaan permit penjaja di sekitar tapak pasar pagi / awam Kalumpang pada khamis lalu (6 Januari 2022).

Di dalam operasi yang dijalankan pada jam 8.30 pagi itu, dua (2) kompaun telah dikeluarkan (E 2023 dan E 2024) di bawah Undang-undang Kecil (UUK) 3, Undang-undang Kecil Penjaja (MDHS) 2007 oleh anggota operasi kerana menjaja tanpa permit kebenaran MPHS.

Selain itu, anggota operasi turut membuat sitaan terhadap barang jualan (ubat-ubat tradisional) yang dijual oleh seorang penjaja dipercayai bukan warganegara (warga asing).

Barang-barang yang disita telah di bawa ke stor simpanan MPHS untuk tindakan selanjutnya.
EnglishMalay

Contact Us