Jumaat 09/12/2022 13:56
MENU

MENU

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Unit Kawalan dan Penggredan Premis Makanan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bersama Jabatan Penguatkuasa telah menjalankan 1 operasi hasil maklumat daripada orang awam mengenai kebersihan di sebuah premis makanan di Prima Beruntung, Bukit Beruntung.
Setelah pemeriksaan dijalankan, didapati tahap kebersihan adalah tidak memuaskan. Tindakan Penutupan Premis dan Notis Pembetulan telah diberikan kepada premis.
MPHS juga telah menutup premis selama 14 hari bermula 14/9/2022 sehingga 27/9/2022 akibat daripada terdapat longgokan najis tikus di kawasan dapur premis tersebut.
MPHS turut mengarahkan pemilik premis dan kesemua pengendali makanan menghadiri semula Kursus Latihan Pengendali Makanan dalam tempoh 14 hari dan melaksanakan kawalan serangga perosak(tikus) dipremis berkenaan.
EnglishMalay

Contact Us