Ahad 29/05/2022 06:20
MENU

MENU

Majlis Minum Petang Sempena menghargai Penggiat Inovasi MPHS

Tarikh Muatnaik: 07/01/2022
Tarikh Kemaskini: 11/01/2022

Majlis Minum Petang Sempena menghargai Pengiat Inovasi MPHS yang diadakan bagi menghargai serta mengiktiraf karya serta kreativiti warga MPHS yang telah berjaya mengharumkan nama MPHS di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Yang Dipertua, Tuan Mohd Hasry Nor Mohd juga turut menyampaikan hadiah serta sijil penghargaan kepada peserta mengikut kategori pertandingan yang disertai. YDP dalam ucapannya berharap akan lebih banyak karya dan produk inovasi dapat dihasilkan pada masa akan datang bagi memudahkan proses kerja yang pada akhirnya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan stakeholder. Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua, Tuan Awaluddin Zakaria dan Puan Junainah Abdullah, Ketua Bahagian Korporat yang juga selaku Penyelaras Kualiti dan Inovasi MPHS.

EnglishMalay

Contact Us