Jumaat 09/12/2022 13:11
MENU

MENU

MPHS Anjur Boling Ramah Mesra

Tarikh Muatnaik: 31/10/2022
Tarikh Kemaskini: 31/10/2022

MPHS ANJUR BOLING RAMAH MESRA
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menganjurkan Kejohanan Boling Ramah Mesra bersama agensi kerajaan Hulu Selangor, pemegang taruh serta rakan-rakan media bertempat di Selayang Mall pada 30 Oktober 2022.
Aktiviti yang berlangsung dalam suasana penuh meriah bermula pada jam 10.30 pagi ini merupakan kesinambungan aktiviti sempena sambutan 1 tahun perbandaran Hulu Selangor yang di sambut pada bulan Oktober tahun ini.
Kejohanan dimulakan dengan gimik balingan oleh Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria bersama Ahli Majlis MPHS, Law Chun Yong.
Seramai 24 kumpulan yang menyertai kejohanan ini terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi serta rakan media. Program ini dianjurkan sebagai tanda terima kasih kepada agensi serta pihak-pihak yang berganding bahu dalam membangunkan Daerah Hulu Selangor selama ini sehingga Hulu Selangor berjaya dinaiktaraf sebagai perbandaran.
Pertandingan boling ini menyaksikan pasukan PULAPOL Bukit Sentosa merangkul juara manakala naib juara dimenangi pasukan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor dan Balai Bomba Kuala Kubu Bharu mendapat tempat ketiga.
EnglishMalay

Contact Us