Sabtu 04/02/2023 03:16
MENU

MENU

MPHS Bantu Bayar Yuran PIBG Melalui Endowmen

Tarikh Muatnaik: 05/12/2022
Tarikh Kemaskini: 05/12/2022

MPHS BANTU BAYAR YURAN PIBG MELALUI ENDOWMEN
Bersempena program Jelajah Selangor Penyayang yang telah diadakan di Jalan Orkid, Bukit Sentosa pada 4 Disember 2022, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyalurkan manfaat tabung endowmen kepada pihak yang memerlukan.
Tabung Endowmen telah ditubuhkan di MPHS bagi menjayakan matlamat pembangunan Mampan dan MPHS merupakan satu- satunya PBT di Malaysia yang telah berjaya menubuhkan tabung endowmen ini.
Melalui penubuhan tabung ini, MPHS telah memfokuskan kepada 3 daripada 17 matlamat yang disasarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu :
Matlamat 1: Tiada Kemiskinan
Matlamat 2 : Tiada Kelaparan
Matlamat 4 : Pendidikan berkualiti
Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, “Endowmen merupakan salah satu cara kita berkongsi harta dan pendapatan dengan orang lain yang lebih memerlukan.
Pada hari ini, MPHS berbesar hati untuk menyalurkan manfaat endowmen sebanyak RM 37,252. 00 bagi membiayai yuran PIBG untuk 1465 orang pelajar di 17 buah sekolah yang terpilih di Hulu Selangor.
Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mereka semasa menghadapi sesi pembukaan sekolah yang baharu kelak, katanya lagi.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari kepada YBhg Dato’ Hj. Rosli bin Hj. Hashim, Pengerusi PIBG daerah Hulu Selangor.
EnglishMalay

Contact Us