Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2024

Petaling Jaya, 26 Oktober 2024- Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2024 bertemakan 'Sinergi MADANI, Perkukuh PBT' anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berlangsung 2 hari bermula pada 26 dan 27 Oktober 2024 bertempat di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Konvensyen PBT menjadi platform yang memberi peluang kepada semua peserta berkongsi pengalaman, kemahiran dan berbincang untuk mencari pendekatan penyelesaian yang inovatif serta kreatif bagi isu-isu yang melibatkan pengurusan dan tanggungjawab PBT. Konvensyen PBT adalah selaras dengan lapan fokus utama KPKT untuk memperkasa peranan dan potensi PBT dalam agenda penyampaian perkhidmatan kerajaan tempatan yang beramanah, bersih, cekap dan berdisiplin.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menyertai Reruai pameran sempena konvensyen selama 2 hari ini.

Konvensyen hari pertama dihadiri oleh Pn. Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Tn. Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha, merangkap Timbalan YDP MPHS, En. Puvanesvaran a/l Patchimuthu, Ahli Majlis MPHS, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersih Awam serta Ketua Bahagian Korporat.

Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2024 turut diberikan kepada 3 PBT terbaik bagi kategori Daerah, Perbandaran dan Bandaraya.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor berjaya mengekalkan 5 bintang bagi Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) tahun 2024.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 08 November 2024, 02:33:25.
Jumlah Pelawat :
00868653

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015