MPHS telah menyertai Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT 2024-2025

Bentong, 22 November 2024 (Jumaat) -Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menyertai Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT 2024-2025 yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong bermula 19 November 2024 sehingga 22 November 2024.

Untuk pertandingan kali ini, MPHS telah menghantar dua kumpulan inovasi iaitu kumpulan Nova Tech yang mana ahli kumpulannya terdiri daripada kakitangan Bahagian Korporat, Jabatan Pelesenan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Bahagian Teknologi Maklumat serta satu lagi kumpulan iaitu Kumpulan Aspire daripada Jabatan Penguatkuasaan.

Pusingan pertama yang berlangsung dari 20 hingga 22 November 2024 ini melibatkan penyertaan sebanyak 67 kumpulan inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh Malaysia. Hanya 30 pasukan terbaik akan layak ke pusingan kedua yang dijadualkan pada April 2025.Semoga Kumpulan Nova Tech dan Aspire berjaya mara ke peringkat seterusnya.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 Disember 2024, 02:57:47.
Jumlah Pelawat :
00883025

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015