Sesi Serahan Kunci Kepada Penyewa Gerai Laman Selera @ Bandar Warisan Kuala Kubu Bharu

SESI SERAHAN KUNCI KEPADA PENYEWA GERAI LAMAN SELERA @ BANDAR WARISAN KUALA KUBU BHARU

Kuala Kubu Bharu, 28 November 2025 - Seramai 10 orang penyewa menerima kunci gerai di dalam satu sesi serahan kunci bagi gerai Laman Selera @ Bandar Warisan Kuala Kubu Bharu yang disampaikan oleh Puan Dewi Dirwana Munasir, Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Pembinaan Gerai Laman Selera ini merupakan inisiatif baharu bagi menambah baik infrastruktur kemudahan awam di Hulu Selangor. Fasiliti ini dibangunkan untuk meningkatkan keselesaan para peniaga serta merancakkan lagi ekonomi setempat.

Projek ini telah dimulakan pada 4 September 2025 dan siap sepenuhnya pada 28 November 2025. Bangunan gerai meliputi keluasan 8458.2 kaki persegi dengan 10 lot gerai berkeluasan 289.5 kaki persegi setiap satu dengan kemudahan ruang makan, ruang dapur, ruang basuh tangan dan laluan servis bahagian belakang serta kemudahan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH).

Sebelum sesi penyerahan kunci diberikan, satu sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh setiap jabatan dalaman yang terlibat bagi memberi pendedahan awal kepada para penyewa berkaitan tatacara dan pengurusan sewaan. Seterusnya, satu lawatan pemeriksaan ke setiap unit gerai telah dijalankan bagi mengenal pasti sebarang kecacatan sebelum pengeluaran Sijil Perakuan Siap (CPC) kepada pihak kontraktor.

Turut hadir Puan Saripah Bakar, Ahli Majlis MPHS bersama pengarah-pengarah jabatan dalaman MPHS yang terdiri daripada Jabatan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan serta wakil daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

MPHS merakamkan ucapan tahniah kepada semua penyewa yang terpilih dan berharap agar setiap penyewa dapat menguruskan operasi gerai dengan baik, teratur serta mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Disember 2025, 08:07:45.
Jumlah Pelawat :
01121403

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015