Rabu 17/08/2022 22:36
MENU

MENU

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Hulu Selangor akan mengadakan cabutan undi bagi perolehan kerja SESI 01/ 2022 pada;-

TARIKH : 10/08/2022
HARI : RABU
TEMPAT : DEWAN MERDEKA, KUALA KUBU BHARU
PENDAFTARAN : 8.30 PAGI – 10.30 PAGI SAHAJA
CABUTAN UNDI : BERMULA 11.00 PAGI

Syarat-syarat kelayakan bagi menyertai kerja-kerja undi adalah seperti berikut;
a.Mempunyai dokumen ORIGINAL yang berikut; (Dibawa bersama ketika pendaftaran)
i) Lesen SSM
ii) Sijil CIDB PKK & SPKK (3 bulan sebelum tamat tempoh) yang masih sah.
b. Kerja undi dibawah kategori CIDB adalah terhad kepada GRED G1 sahaja.
c. Tidak pernah mendapat tawaran kerja/ perkhidmatan/ pembekalan dalam tahun semasa (2022) dari pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
d. Tidak mempunyai kerja semasa ketika perlaksanaan sesi kerja undi 10/08/2022
e. Setiap kontraktor/ pembekal hanya dibenarkan mendaftar penyertaan di bawah satu (1) kategori (Awam/ M&E/ Bangunan) kerja-kerja undi sahaja.
f. Kontraktor/ pembekal yang telah disenarai hitam oleh CIDB/ MPHS adalah tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja undi ini.

EnglishMalay

Contact Us