LAPORAN KES DENGGI EPID 2015 I-TEGUR

Jumaat 31/03/2023 14:24
Jumaat 31/03/2023 14:24

Pelesenan

Tarikh Kemaskini: 20/02/2023

Objektif

Memberi perkhidmatan dan pemprosesan pengeluaran lesen berkaitan perniagaan kepada peniaga-peniaga dalam kawasan Majlis Perbandaran Hulu Selangor berpandukan Akta, Enakmen dan Undang-undang Kecil yang berkuatkuasa

Senarai Lesen Perniagaan Yang Diluluskan Dalam Tempoh 24 Jam: (sila di sini untuk keterangan lanjut)

Jenis Lesen Yang Dikeluarkan ( Bayaran Yang Dikenakan Adalah Tahunan )

  1. Lesen Premis / & Lesen Iklan Untuk Perniagaan ( Tred Perniagaan )
  2. Lesen Permit / Iklan / Sepanduk
  3. Lesen Hiburan Awam
  4. Lesen Pasar Awam (Disewa dengan MPHS ) (Borang Komposit permohonan lesen dan sewagerai/pasar/bengkel/ruang niaga bagi premis dan iklan di MPHS)
  5. Lesen Penjaja (Penjaja Kereta Tolak / Meja Lipat)
  6. Lesen Tapak Penjaja (Pasar Pagi & Penjaja Sementara)
  7. Lesen Penjaja Bergerak
  8. Lesen Anjing

Jenis Permit Yang Dikeluarkan (Bayaran Yang Dikenakan Adalah Mengikut Tempoh Masa)

1. Permit Pasar Malam
2. Permit Kaki Lima (Meletak Kerusi Meja bagi Restoran / Kedai Makan)
3. Permit Kaki Lima (Meletak Barang di Kaki Lima Premis)
4. Permit Sementara Umum ( Ekspo / Promosi / Pemasangan Khemah )
2. Permit Pertunjukan Pentas ( Hiburan )
4. Permit Pasar Ramadhan

 

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Lesen

a) Lesen Premis / & Lesen Iklan Untuk Perniagaan ( Tred Perniagaan )

  1. 5 salinan borang permohonan yang lengkap diisi dengan HURUF BESAR serta jelas (termasuk borang asal)
  2. 2 salinan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan Borang B dan Borang D (Pendaftaran Perubahan Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1965 (Alamat SSM sama dengan Alamat Perniagaan)  atau Memorandum dan Perkara Persatuan bagi Syarikat (Memorandum and Articles of Association), Borang 24 (Return of Allotment of Shares) dan Borang 49 (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries and Changesof Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965 yang telah diperakui oleh Setiausaha Syarikat.
  3. 2 salinan Perjanjian Sewaan ( jika disewa ) yang telah di stamping atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri) yang telah diperakui oleh Pesuruhjaya Sumpah / Commisioner of Oath.
  4. 2 salinan geran ( jika bangunan lama / tanah persendirian ) atau Salinan Perjanjian Sewa Beli
  5. 3 salinan Sijil Layak Menduduki Bangunan ( CF )
  6. 2 salinan Geran atau ‘Sales and Purchase Agreement’
  7. 3 salinan resit cukai taksiran (sudah berbayar)
  8. 2 salinan resit cukai tanah
  9. 4 keping gambar premis (4 sisi berbeza dan 4 salinan yang berwarna – 1 depan, 1 belakang, 2 dalam)
  10. 5 salinan pelan lokasi (bukan Google Maps)
  11. 2 salinan pelan lantai
  12. 3 salinan lakaran yang menunjukkan butir-butir lengkap iklan
  13. 3 salinan kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka
  14. 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran passport.
  15. 3 salinan kad pengenalan pemohon
  16. 2 salinan surat pemeriksaan doktor termasuk suntikan Typhine VI- Bagi Pengendali Makanan dan Minuman (Temasuk pemohon & Pekerja & IC)
  17. 2 salinan sijil kursus Pengendalian Makanan- Bagi setiap pengendali makanan dan minuman sahaja (Temasuk pemohon & Pekerja & IC)
  18. 1 salinan dokumen ubah suai dalaman / luaran
  19. 1 salinan resit pembelian pemadam api.

b ) Lesen Permit /  Iklan / Sepanduk

        A. Borang permohonan ini perlu disertakan lengkap dengan dokumen-dokumen berikut:

  1. 5 salinan borang permohonan yang lengkap diisi ( termasuk borang asal)
  2. 5 salinan Lesen Perniagaan / Pendaftaran Perniagaan
  3. 5 salinan lakaran yang menunjukkan butir- butir lengkap iklan
  4. 5 salinan pelan tapak atau pelan lokasi mengikut skil 1:750 yang menunjukkan kedudukan iklan
  5. 5 salinan Kad Pengenalan
  6. 5 salinan kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka


B. Borang permohonan ini perlu disertakan lengkap dengan dokumen-dokumen berikut:

  1. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi semua iklan, samada ianya sahaja atau bersama-sama bahasa lain.
  2. Jika Bahasa Malaysia digunakan bersama dengan apa-apa bahasa lain dalam sesuatu iklan, perkataan-perkataan dalam Bahasa Malaysia itu hendaklah berukuran lebih besar dan ditunjukkan dengan lebih jelas dari segi keutamaan visual dan kedudukannya daripada perkataan-perkataan dalam mana-mana bahasa lain dan penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah dalam nahu yang betul.
  3. Tiada seorang pun boleh mempamerkan, menyebabkan atau membenarkan dipamer mana-mana iklan yang tidak mematuhi perenggan E (1 dan 2)
  4. Untuk paparan sementara (Billboard) Insuran Tanggungan Awam (Public Liability) yang mempunyai nilai perlindungan sekurang-kurangnya RM50,000.00.
  5. Bagi permohonan paparan sementara (Billboard) sertakan 3 salinan lakaran iklan.
  6. Nombor rujukan Majlis hendaklah dinyatakan disudut kiri bawah iklan

   Banner dan Bunting

  1. Kain rentang atau ‘bunting’ hendaklah dibawa ke Pejabat Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk dicop dan ditandatangani oleh Pegawai Pelesenan.
  2. Satu salinan lakaran / visual kain rentang atau ‘bunting’ hendaklah disertakan dengan permohonan.
  3. Saiz Maksimum Yang Dibenarkan: i. Kain Rentang (12 x 4 kaki persegi) . ii. Bunting (3 x 6 kaki persegi)
  4. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut (sebulan) :-
Bil Jenis Lesen Kadar Lesen Cagaran

1.

2.

Kain rentang

‘Bunting’

RM 20.00/unit

RM 10.00/unit

RM 20.00/unit

RM 30.00/unit


Syarat-syarat permohonan:

  1.  Pastikan terdapat BAHASA MALAYSIA pada kain rentang atau ‘bunting’ tersebut.
  2. Jika Bahasa Malaysia digunakan bersama apa-apa bahasa lain dalam setiap kain rentang, perkataan dalam Bahasa Malaysia itu hendaklah berukuran lebih besar dan ditunjukkan dengan lebih jelas dari segi kedudukannya daripada perkataan dalam bahasa lain dan penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah dalam nahu yang betul.
  3. Tuntutan bagi wang cagaran hendaklah dibuat dalam tempoh TUJUH(7) HARI selepas TARIKH TAMAT permit dengan mengisi borang wang cagaran dan mengemukakan resit asal, salinan kad pengenalan dan membawa kain rentang/ ‘bunting'(jika perlu).
  4. Wang cagaran dikira LUPUT sekiranya tuntutan wang cagaran dibuat selepas TUJUH (7) HARI dari tarikh tamat permit atau pihak Majlis mendapati iklan tidak diturunkan selepas tamat tempoh kelulusan.
  5. Wang cagaran tidak akan dikecualikan bagi pemasangan kain rentang/‘bunting’ yang mendapat pengecualian dari pihak Majlis. Bagi kes dikecualikan bayaran permit, pemohon perlu membuat bayaran RM3.00 bagi setiap stiker.
  6. Pihak Majlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kecurian dan kerosakan pada kain rentang atau ‘bunting’ tersebut.
  7. Setiap pengecualian selain daripada yang dinyatakan di atas hanya boleh diberikan dengan kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
  8. Pihak Majlis berhak MERAMPAS ‘bunting’ / kain rentang tersebut sekiranya digantung di lokasi yang tidak sepatutnya.

Billboard Plus

Borang permohonan ini perlu disertakan lengkap dengan dokumen-dokumen berikut:-

  1. Borang Permohonan di isi dengan lengkap (termasuk borang asal)                     – 3 Salinan
  2. Salinan kelulusan Pemit Struktur Sementara daripada Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Hulu Selangor.        – 3 Salinan
  3. Lesen Perniagaan / Pendaftaran Perniagaan.                                                       – 3 Salinan
  4. Lakaran yang menunjukkan butir-butir lengkap iklan.                                           – 3 Salinan
  5. Lakaran pelan tapak atau lokasi mengikut skill 1:750 yang menunjukkan kedudukan iklan. – 3 Salinan
  6. Salinan Kad Pengenalan(individu yang menguruskan)                                         – 3 Salinan
  7. Salinan Insuran Tanggungan Awam (Public Liabiliti) yang mempunyai nilai Perlindungan sekurang-kurangnya RM50,000.00  (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu)        – 3 Salinan

 

SYARAT TAMBAHAN BERIKUT:-

  1. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi semua iklan, samada ianya sahaja atau bersama-sama bahasa lain.
  2. Jika Bahasa Malaysia digunakan bersama dengan apa-apa bahasa lain dalam sesuatu iklan, perkataan-perkataan dalam Bahasa Malaysia itu hendaklah berukuran lebih besar dan ditunjukkan dengan lebih jelas dari segi keutamaan visual dan kedudukannya daripada perkataan-perkataan dalam mana-mana bahasa lain dan penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah dalam nahu yang betul.
  3. Tiada seorang pun boleh mempamerkan, menyebabkan atau membenarkan dipamer mana-mana iklan yang tidak mematuhi perenggan E (1 dan 2).
  4. Untuk paparan sementara (Billboard) Insuran Tanggungan Awam (Public Liability) yang mempunyai nilai perlindungan sekurang-kurangnya RM50,000.00.
  5. Bagi permohonan paparan sementara (Billboard) sertakan 3 salinan lakaran iklan.
  6. Nombor rujukan Majlis hendaklah dinyatakan disudut kiri bawah iklan.

 

c) Lesen Hiburan Awam

  1. Memorandum dan Artikal Persatuan dan Borang 49(penyata yang memberikan butir-butir dalam Daftar Pengarah dan Perubahan Butiran)mengikut Akta Syarikat 1965.

    atau

  2. Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Pertukaran Perniagaan) dan Borang D (Akuan Pendaftaran Perniagaan)mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965.
  3. Satu salinan kelulusan Sijil Layak Menduduki (CFO)yang dicadangkan.
  4. Jika melibatkan struktur sementara yang dikehendaki bagi maksud hiburan,maka dokumen berikut perlu disertakan:-

i) Pelan struktur berkenaan:

ii) Surat kelulusan pelan dari pihak berkuasa yang berkenaan;dan

iii) Perakuan daripada Jurutera Struktur yang memperakui bahawa struktur itu akan berada                  dalam keadaan baik bagi tempoh selama hiburan itru hendak diadakan.

  1. Jika permohonan ingin menjual makanan dan minuman hendaklah mendapatkan kelulusan dari pihak-pihak berkuasa mengenaiya.
  2. 8 salinan pelan lantai dan lokasi.
  3. Surat persetujun/pengesahan daripada pemunya tanah atau bangunan itu.
  4. 8 salinan kad pengenalan
  5. 2 keping gambar permohonan berukuran passport.
  6. 1 sampul surat berukuran 9″ x4″ dan 2 keping setem tiga puluh sen.
  7. 2 keping gambar premis (1 keping gambar yangt diambil dari luar dan 1 keping gambar yang diambil dari dalam)

 

d ) Lesen Pasar Awam ( Disewa dengan MPHS ) (Borang Komposit permohonan lesen dan sewa gerai/pasar/bengkel/ruang niaga bagi premis dan iklan di MPHS)

  1. 4 salinan borang komposit yang lengkap diisi ( termasuk borang asal )
  2. 2 salinan Pendaftaran Perniagaan atau Memorandum Syarikat
  3. 2 salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah distamping atau kebenaran dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor
  4. 4 salinan pelan lokasi premis yang terlibat
  5. 3 salinan lakaran butir-butir iklan
  6. 3 salinan kad pengenalan pemohon
  7. 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran kad pengenalan
  8. 2 salinan sijil kursus pengendalian makanan ( untuk setiap pengendali makanan dan minuman )
  9. 2 salinan sijil / surat pemeriksaan doktor termasuk suntikan TY2 ( untuk setiap pengendali makanan dan minuman )

 

e) Lesen Penjaja ( Penjaja Kereta Tolak / Meja Lipat )

  1. 3 salinan borang permohonan yang lengkap diisi ( termasuk borang asal)
  2. 3 salinan kad pengenalan pemohon
  3. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport
  4. 3 salinan pelan lokasi
  5. 3 salinan pendaftaran perniagaan ( jika ada )
  6. 3 salinan surat kebenaran tuan punya tanah ( jika perlu )
  7. 1 salinan sijil kursus pengendalian makanan dan suntikan ( jika penjaja makanan dan minuman )
  8. 4 keping gambar gerai / kedai dari sudut yang berbeza

 

f) Lesen Tapak Penjaja (Pasar Pagi & Penjaja Sementara)

  1. 1 salinan kad pengenalan pemohon
  2. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport
  3. 1 salinan sijil kursus pengendalian makanan dan suntikan ( jika penjaja makanan dan minuman )
  4. 1 salinan dokumen atas nama pemohon (sekiranya alamat pada kad pengenalan berbeza)

 

g) Lesen Penjaja Bergerak

  1. 3 salinan borang permohonan yang lengkap diisi ( termasuk borang asal)
  2. 3 salinan kad pengenalan pemohon / Suami dan Isteri
  3. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport
  4. 3 salinan pelan lokasi (kawasan penjajaan, tempat, laluan – nyatakan pelan laluan yang berkaitan)
  5. 3 salinan pendaftaran perniagaan ( jika ada )
  6. 3 salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Lori / Van / Kereta / Motorsikal)
  7. 3 salinan Lesen Memandu
  8. 2 keping gambar kenderaan (hadapan dan sebelah kiri / kanan)
  9. 2 salinan sijil kursus pengendalian makanan ( bagi penjaja makanan dan minuman )
  10. 2 salinan surat pemeriksaan doktor termasuk suntikan TY2 ( bagi penjaja makanan dan minuman )
  11. 2 salinan perlindungan insuran pemohon

 

h) Lesen Anjing

  1. Semua anjing yang berumur 3 bulan dan lebih hendaklah dilesenkan .
  2. Lesen ini akan tamat tempohnya pada 31 Disember pada tahun lesen itu.
  3. Bayaran lessen anjing adalah RM10.00  bagi setiap ekor anjing.
  4. Lesen yang hilang tidak akan diganti.  Pemunya hendaklah memohon lessen yang baru dan  dikehendaki membayar sebanyak RM10.00 bagi setiap lesen/ekor anjing.
  5. Lencana logam yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor hendaklah sentiasa digantung dileher anjing pada setiap masa. Menyediakan tali menggantung lencana logam adalah tanggungjawab pemunya.
  6. Rumah anjing hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada najis anjing.
  7. Tuanpunya anjing adalah bertanggungjawab untuk memastikan anjing mereka tidak      menyalak yang tidak berhenti-henti, merayau di luar kawasan premis, menggigit atau mengganggu orang  awam di tempat awam.
  8. Anjing hendaklah sentiasa berikat dan memakai sarung mulut (muzzle) apabila dibawa keluar dari tempat ianya biasa diperlihara/disimpan.
  9. Anjing tidak boleh dipelihara di rumah pangsa atau bangunan yang melebihi 2 tingkat.
  10. Hanya 2 ekor anjing sahaja dibenarkan pada sesuatu masa.
  11. Mana-mana anjing yang didapati lepas bebas di tempat awam, berpenyakit,   dipelihara  tanpa lesen, menimbulkan kacauganggu kepada orang lain atau anjing dipelihara di tempat yang tidak dibenarkan, akan dirampas, ditangkap dan dihapuskan.
  12. Tuanpunya dikehendaki menyedia dan mempamerkan papan tanda “ADA ANJING DI SINI” di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam.
  13. Tuanpunya yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dikenakan kompaun  tidak lebih daripada RM1,000.00 atau denda RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.
  14. Salinan Kad Pengenalan (1 Salinan) , Gambar Pemohon ( 1 Keping ) dan Suntikan Vaksin Anjing (1 Salinan).

 

 

i) Permit Pasar Malam
Bayaran proses dikenakan sebanyak RM5.00 bagi setiap permohonan.

  1. Permit ini tidak boleh ditukar milik.
  2. Permit ini hendaklah dibawa bersama apabila pemohon hendak memperbaharui permit dan dipamerkan semasa pemohon berjaja untuk diperiksa oleh Pegawai Majlis yang bertugas.
  3. Bayaran hendaklah dibuat 6 bulan sekali dan hendaklah diperbaharui sebelum tempoh tamat. Kegagalan memperbaharui permit akan menyebabkan permit terbatal secara automatik.
  4. Bayaran sewa adalah RM5.00 sepetak.
  5. Denda sebanyak RM10.00 akan dikenakan atas kehilangan atau kerosakan permit ini.
  6. Majlis berhak menarik balik permit ini tanpa memberi apa-apa sebab.
  7. Majlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan nyawa atau hartabenda penjaja-penjaja.
  8. Penjaja hendaklah mematuhi segala dan peraturan Majlis dari semasa ke semasa.
  9. Semua individu yang mempunyai taraf penduduk tetap tidak dibenarkan memohon permit pasar malam.
  10. Semua penjaja yang menjual makanan/minuman perlu mendapatkan suntikan dari Jabatan Kesihatan Daerah untuk tempoh 3 tahun sekali dan perlu menjalani Kursus Pengendalian Makanan.
  11. Kad permit tersebut perlu dibawa bersama setiap kali memperbaharui permit.

 

j) Permit Kaki Lima (Meletak Kerusi Meja bagi Restoran / Kedai Makan)

SYARAT-SYARAT:

1. Permohonan permit meletak kerusi meja hanya dibenarkan di luar premis makanan sahaja.

2. Hendaklah mengemukakan salinan Insurans Tanggungan Awam ‘Public Liability Insurance’ berjumlah RM50 000.00 (bagi pemohonan permit meletak kerusi meja di luar premis makanan).

3. Tempoh permit adalah 3 bulan dan hendaklah diperbaharui selepas tamat tempoh.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

1. Bayaran proses RM5.00

2. 2 salinan borang permohonan yang lengkap diisi.

3. 1 keping gambar pemohon

4. 1 salinan kad pengenalan.

5. 1 salinan laporan pemeriksaan kesihatan dan sijil kursus makanan (untuk pengendali/pengusaha makanan)

6. 2 salinan pelan lantai kawasan kerusi dan meja diletakkan.

7. 3 keping gambar lokasi premis.(2 salinan)

8. 2 salinan lesen perniagaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

 

k) Permit Kaki Lima (Meletak Barang di Kaki Lima Premis)

  1. Permohonan permit meletak barang hanya dibenarkan di luar premis makanan sahaja.
  2. Tempoh permit adalah 3 bulan dan hendaklah diperbaharui selepas tamat tempoh.
  3. Hanya premis yang mempunyai lesen daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor sahaja layak memohon.

Dokumen yang diperlukan:

1.    Bayaran proses RM5.00
2.    2 salinan borang permohonan yang lengkap diisi.
3.    1 keping gambar pemohon
4.    1 salinan kad pengenalan.
5.    3 salinan pelan lantai tempat barang diletakkan.
6.    3 keping gambar lokasi premis.(sudut hadapan, kiri dan kanan) (2 salinan)
7.    2 salinan lesen perniagaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Nota : Borang permohonan hanya boleh didapati di kaunter Jabatan Perlesenan, Pejabat Majlis Perbandaran Hulu Selangor,
Kuala Kubu Bharu.

 

l) Permit Sementara Umum

BORANG PERMOHONAN PERMIT SEMENTARA UMUM

Dokumen Yang Diperlukan:

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon

2. Pelan Lokasi

3. Salinan Lesen Perniagaan & Pendaftaran Perniagaan (Jika Ada)

Contact Us