Sabtu 04/02/2023 03:51
MENU

MENU

PENGAGIHAN TONG SAMPAH ( LEACH BIN ) KEPADA KAWASAN PEMAJUAN BERSTRATA DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MPHS
MPHS melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan telah membuat Program Pengagihan Tong Sampah ( leach bin ) kepada kawasan pemajuan berstrata dalam kawasan pentadbiran MPHS bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pertama Perbandaran Hulu Selangor 2022.
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS berharap agar pemberian tong sampah ( leach bin )secara “one off” ini akan dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban kewangan di pihak JMB/MC seterusnya perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti strata akan dapat ditambah baik dari semasa ke semasa.
Semoga kerjasama yang baik antara pihak Bahagian Pesuruhjaya Bangunan ( COB ) MPHS dan pihak JMB/MC akan dapat dikekalkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa, ke arah perkhidmatan yang lebih baik demi manfaat kepada komuniti strata dalam kawasan pentadbiran MPHS hendaknya.
EnglishMalay

Contact Us