Penghargaan kepada semua kakitangan MDHS di barisan hadapan dan petugas sepanjang tempoh PKP
Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor , Tuan Shukri Mohamad Hamin turun padang berjumpa dengan pengarah- pengarah jabatan dan wakil – wakil jabatan yang terlibat sebagai Barisan Hadapan dan bertugas sepanjang tempoh PKP ini. Dalam sesi pertemuan ini Tuan YDP mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga yang terlibat yang telah menjalankan tugas masing – masing dengan baik bagi memastikan wabak Covid -19 ini dapat dibendung di Hulu Selangor. Beliau menyifatkan kumpulan barisan hadapan ini sebagai ” Unsung Hero” walaupun tiada pihak yang mengiktiraf peranan besar yang dimainkan oleh kumpulan ini. Beliau turut mengingatkan agar semua warga yang terlibat agar sentiasa bersedia dengan apa juga keadaan mendatang dan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Dalam pertemuan singkat ini juga beliau turut menyerahkan sumbangan berupa barangan makanan sebagai tanda penghargaan Pengurusan Tertinggi MDHS kepada semua barisan hadapan MDHS yang bertugas sepanjang tempoh PKP ini. Beliau turut meninjau kerja kerja pengagihan bantuan yang diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat MDHS.