LAPORAN KES DENGGI EPID 2015 I-TEGUR

Isnin 29/05/2023 14:54
Isnin 29/05/2023 14:54

Pengumuman Program Data Internet Selangor

Tarikh Muatnaik: 04/08/2021
Tarikh Kemaskini: 11/08/2021

Pengumuman Program Data Internet Selangor bakal berkongsi perihal inisiatif yang julung-julung kali menawarkan kad SIM dan langganan data internet secara percuma selama 12 bulan untuk 70,000 rakyat Selangor yang layak. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) akan membiayai sepenuhnya menerusi peruntukan sebanyak RM17.5 juta.

Golongan sasaran dalam kalangan para pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor dan peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Universiti Selangor (Unisel) dan Selangor Technical Development Centre (STDC), peniaga dalam talian di bawah Selangor E-Bazar, para petani serta peniaga berdaftar bakal menikmati inisiatif ini.

Malah para ketua kampung tradisi berserta setiausaha, para ketua kampung bagan/baru berserta setiausaha, para ketua komuniti India beserta setiausaha, nazir, imam, bilal, siak dan penceramah agama bertauliah juga bakal dibekalkan dengan insiatif ini bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Para EXCO yang bertanggungjawab dengan protfolio berkaitan akan menguruskan pengagihan Data Internet Selangor agar manfaatnya dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

Ketahui lebih lanjut bagaimana anda mampu memanfaatkan inisiatif Data Internet Selangor dengan mengikuti pengumuman khas ini.

#KitaSelangor

Contact Us