Perkhidmatan Tong RORO sebagai Pusat Pembuangan Sisa Pukal / Spring Cleaning sempena musim perayaan Krismas 2020
Perkhidmatan Tong RORO sebagai Pusat Pembuangan Sisa Pukal / Spring Cleaning sempena musim perayaan KRISMAS 2020
Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan menyediakan 26 unit tong RORO bagi kawasan terpilih sebagai pusat pembuangan sampah pukal sempena musim perayaan Krismas bermula 20 DISEMBER 2020 sehingga 30 DISEMBER 2020.
Senarai lokasi adalah seperti berikut;
Batang Kali
1. Taman Wawasan
2. Taman Semarak
3. Jalan besar sekolah Syed Masyor
Hulu Yam
1. Kg Sg Chik Tambahan
Kalumpang
1- Taman Musabika
Sungai Choh
1.Taman Bukit Teratai
2.Taman Ehsan Ibu 2
Bukit Sentosa / Bukit Beruntung
1. Perumahan Dahlia BB – 1
2. Perumahan Teratai BB – 1
3. Perumahan Kekwa BB – 1
4. Perumahan Inai/Melur BB – 1
5. Perumahan Anggerik,Kemboja, Lot banglo Anggerik/Kemboja.. BB – 1
6. Perumahan Widuri 2 BB
7. Perumahan Anggerik 4B BS
8. Perumahan Kemboja 4C BS
9. Perumahan Teluki BS – 1
10. Perumahan Tanjung BS – 1
Hulu bernam
1- Jalan besar Changkat Asa
Kawasan KKB
1) Taman Ampang Pecah
2)Taman Teratai
3)Taman Bkt Bunga
4) Rumah Murah Padang Tembak
5) Rumah Murah Padang Golf
Kawasan Kerling
1)Taman Angkasa
2) Kuil Kerling
Kawasan Rasa
1)Taman Rasa Utama
Lokasi ini adalah dipilih berdasarkan aduan, permintaan dan keperluan penduduk sempena musim perayaan Krismas. Para penduduk diminta untuk membuang sisa pukal (perabot terpakai, almari, peti ais dll) , sisa elektronik (telefon bimbit, komputer), sisa kebun (sisa cantasan pokok, sisa mesin rumput) didalam tong berkenaan. Sisa domestik (dapur atau rumah) dan sisa adalah tidak dibenarkan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jab. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) di talian 03-60641050.
Sekian. Terima kasih