Jumaat 09/12/2022 14:58
MENU

MENU

Kejohanan Bola Sepak Piala Agensi Kerajaan Daerah Hulu Selangor

Tarikh Muatnaik: 25/09/2022
Tarikh Kemaskini: 25/09/2022

23 September 2022 (Jumaat) – Telah berlangsung perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Agensi Kerajaan Daerah Hulu Selangor di Stadium Mini, Kuala Kubu Bharu petang tadi.
Kejohanan yang telah bermula pada 8 Ogos 2022 dan berakhir pada 23 September 2022. Sebanyak 10 pasukan dari beberapa agensi kerajaan di Daerah Hulu Selangor telah menyertai kejohanan ini.
Yang Dipertua MPHS, YBrs. Tuan Mohd Hasry Nor Mohd hadir menyaksikan perlawanan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Selangor
Tahniah diucapkan kepada pemenang serta ribuan terima kasih kepada agensi-agensi yang telah menyertai kejohanan ini.
Keputusan Akhir :
Juara : Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor
N. Juara : Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor
Ketiga : Majlis Perbandaran Hulu Selangor
Keempat – Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Selangor
EnglishMalay

Contact Us