Isnin 03/10/2022 13:52
MENU

MENU

Program Iftar Terbuka Sempena Sambutan Bulan World Landscape Architecture Month (WLAM)

Tarikh Muatnaik: 24/04/2022
Tarikh Kemaskini: 24/04/2022

Sempena Sambutan Bulan World Landscape Architecture Month (WLAM) yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Jabatan Landskap MPHS telah mengadakan Program Iftar Terbuka bertempat di Taman Awam Jenjarum, Bukit Beruntung.

Pelbagai juadah iftar disediakan secara percuma kepada komuniti Hulu Selangor yang hadir seperti kurma, kuih-muih dan nasi lemak sebagai juadah berbuka puasa.

Selain daripada iftar, tazkirah Ramadan juga turut disampaikan oleh penceramah jemputan. Kira-kira seramai 150 org yg terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan keluarga hadir bagi memeriahkan program ini.

Turut hadir Tuan Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS, YDM Raja Dato’ Muzaffar Bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor ,Ahli – Ahli Majlis dan warga kerja MPHS.
 
 
 
 
 
EnglishMalay

Contact Us