Program Webinar Pendidikan Komuniti Strata Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021 Siri 1
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua MPHS yang juga merangkap Pesuruhjaya Bangunan, Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd A.M.S. Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman iaitu Tuan Inspektor Mohammad ‘Izzat bin Hj Hassan. Webinar ini menfokuskan berkenaan Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Strata ( Pengurusan dan Penyenggaraan 2015) dan memberi kefahaman lanjut berkaitan peranan dan tanggungjawab JMB/MC/Ejen Pengurusan dalam menyelesaikan permasalahan yang berkait rapat dengan ketidakpatuhan Undang-Undang Kecil yang telah digariskan.