Selasa 18/01/2022 08:52

Rebat Pembayaran Cukai Secara Atas Talian (Online)

Tarikh Muatnaik: 05/01/2022
Tarikh Kemaskini: 07/01/2022

TERMA DAN SYARAT KEMPEN PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR  SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) BAGI TAHUN 2022

NAMA KEMPEN

  1. Nama kempen ini adalah Kempen Pembayaran Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor Secara Atas Talian (Online) Bagi Tahun 2022.

TEMPOH KEMPEN

  1. Kempen bermula pada 1 Januari 2022 hingga 30 April 2022, termasuk kedua dua tarikh, melainkan dimaklumkan selainnya.

KELAYAKAN

  1. Terbuka kepada semua pelanggan cukai taksiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang melunaskan cukai taksiran sepenuhnya secara tanpa tunai.
  2. Pelanggan yang menerima pengecualian cukai taksiran daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2022 dibenarkan menyertai kempen ini bagi pembayaran tunggakan sebelum tahun 2016 sahaja.
  3. Walau apa pun yang dinyatakan dalam fasal 1 dan 2 di atas, Majlis Perbandaran Hulu Selangor berhak membatalkan kelayakan pelanggan untuk menyertai, atau terus menyertai, kempen tanpa sebarang kewajipan untuk memberi sebarang sebab.


SYARAT-SYARAT KEMPEN

Untuk menyertai kempen ini, pelanggan hendaklah membuat bayaran cukai taksiran secara tanpa tunai menggunakan kaedah-kaedah berikut : –

1.1 Semua saluran pembayaran melalui perbankan internet seperti M2U, JomPAY, CIMB Clicks dan lain-lain.

1.2 Portal PBTPay

1.3 E-Dompet (Boost)

1.4 Aplikasi Telefon Pintar Citizen E-Payment (CEPat)

1.5 Pos Online

1.6 Sistem E-Billing Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

  1. Tiada tunggakan cukai taksiran.
  2. Terbuka kepada semua jenis pegangan.

REBAT YANG DITAWARKAN 

  1. Rebat RM8.00 bagi bayaran cukai taksiran setahun dan rebat RM3.00 bagi bayaran cukai taksiran sepenggal yang dibuat secara tanpa tunai melalui kaedah seperti di para 1.1 hingga 1.5.
  2. Rebat RM4.00 bagi bayaran penggal 01/2022 dan rebat RM4.00 bagi bayaran Penggal 02/22 yang dibuat melalui Sistem E-Billing MPHS seperti di para 1.6.

CARA KEMPEN DIJALANKAN

  1. Rebat akan dikreditkan ke dalam akaun harta pelanggan selepas tamat tempoh kempen, tertakluk kepada sebarang perubahan. 
  2. Tertakluk kepada baki peruntukan RM100,000.00 yang pertama sahaja.

UMUM

  1. Majlis Perbandaran Hulu Selangor berhak, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu, untuk menambah, memansuhkan, menggantung atau mengubah terma dan syarat ini, secara keseluruhan atau sebahagian, atas budi bicara mutlak Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
  2. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Contact Us