Khamis 07/07/2022 03:08
MENU

MENU

Sesi Libat Urus Bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor dengan Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Selangor

Tarikh Muatnaik: 19/01/2022
Tarikh Kemaskini: 20/01/2022

MPHS hari ini menerima kunjungan hormat Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor, Puan Norsuhana Azman dan Penolong Pengarah, Encik Izzwa Shahril Idris bersama beberapa pegawai BPA. Kunjungan ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara BPA Selangor dan MPHS.

Sempena kunjung hormat ini, turut diadakan Sesi Libat Urus Bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor dengan Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor. Sesi ini turut membincangkan penyelesaian dan isu berbangkit berkaitan isu-isu dan aduan yang diterima oleh BPA yang melibatkan MPHS selaku agensi bertanggungjawab.
EnglishMalay

Contact Us