Khamis 07/07/2022 04:13
MENU

MENU

Selaras dengan aspirasi Malaysia Berdaya Huni, *Rancangan Fizikal Negara Ke-4* yang dilancarkan pada 17 November 2021 akan menjadi asas kepada pelaksanaan sistem penilaian dan pengukuran kesejahteraan dan kemampanan bandar yang dikenali sebagai *Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM)*. iDAM yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) merupakan kaedah pengukuran berimpak tinggi yang akan mengukur tahap kesejahteraan penduduk di peringkat pihak berkuasa tempatan dan komuniti. Pembangunan iDAM adalah selaras dengan pengukuran dan penilaian kesejahteraan penduduk sesebuah bandar yang dipraktiskan di peringkat global.

Hasil pengukuran iDAM akan membantu dalam memberi gambaran terkini terhadap *tahap kesejahteraan, taraf hidup dan daya huni di peringkat tempatan, negeri dan seterusnya negara*.

Ayuh semua warga Malaysia dijemput mengemukakan aspirasi/pandangan/impian bagi bersama-sama membantu pihak KPKT dan PLANMalaysia menyediakan kerangka iDAM melalui link di bawah :

*Bersama Membina Negara Berdaya Huni*
Penglibatan anda amat dihargai. Terima Kasih
*PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)*
*Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan*
EnglishMalay

Contact Us