Khamis 07/07/2022 03:09
MENU

MENU

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menzahirkan penghargaan kepada semua pihak dan agensi kerajaan di atas penglibatan dalam membantu menjayakan misi bantuan mangsa banjir di Kerling pada hari ini.
Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry berkata, operasi pembersihan masih diteruskan pada hari ini bagi menyelesaikan beberapa kawasan yang masih belum selesai terutamanya di Kampung Jawa. Pada hari ini juga, sukarelawan MPHS turut akan dibantu oleh rakan-rakan PBT serta agensi kerajaan yang lain yang sudi turun padang bagi bersama-sama membantu mangsa banjir di daerah ini.

Dianggarkan seramai 340 anggota sukarelawan bencana banjir yang terdiri daripada beberapa rakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor dan agensi kerajaan lain yang turut hadir memberi bantuan kerja-kerja pembersihan . Antara agensi yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
2. Majlis Perbandaran Sepang SEPANG
3. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
6. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
7. Majlis Perbandaran Klang (MPKLANG)
8. Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ)
9. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
10. Pejabat Daerah dan Tanah Gombak
11. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat
12. KDEB Waste Management
13. Jabatan Kerja Raya (JKR)
14. AIR SELANGOR

Menurutnya lagi, anggota sukarelawan pada hari ini telah dibahagikan kepada 4 zon dan setiap zon telah diberikan tugasan-tugasan tertentu seperti membersihkan bangunan awam, kawasan perumahan, jalan utama, surau, balai raya dan padang futsal.

Alhamdulillah, sehingga jam 1.30 petang tadi, hampir 99% kerja-kerja pembersihan telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih atas sumbangan rakan-rakan PBT dan agensi kerajaan yang turun membantu sehingga kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan secara menyeluruh di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya.
EnglishMalay

Contact Us