15 Kakitangan MPHS Terima Sumbangan YDP MPHS

15 KAKITANGAN MPHS TERIMA SUMBANGAN YDP MPHS
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan sesi penyerahan sumbangan kepada kakitangan MPHS bersempena Program Ziarah Ramadhan 2023 pada 5 April 2023 bertempat di Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPHS.
Tujuan program ini diadakan bertujuan memberi bantuan sumbangan kepada golongan yang memerlukan bagi menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan & menyambut kedatangan Aidilfitri. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan baik diantara Tuan Yang Dipertua sebagai majikan dengan kakitangan MPHS.
Seramai 15 orang penerima dalam kalangan staff MPHS telah menerima sumbangan berbentuk voucher berjumlah RM 100 dan barangan sampingan seperti kurma, kuih raya dan sos cili.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS dan Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPHS.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052