18 Kucing Terbiar Temui Keluarga Baharu dalam Kejayaan Program Adopsi Meow

18 Kucing Terbiar Temui Keluarga Baharu dalam Kejayaan Program Adopsi Meow

Kuala Lumpur, 1 Mei 2026 – Program Adopsi Meow yang berlangsung selama sembilan hari di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur, melabuhkan tirainya dengan kejayaan memberangsangkan apabila 18 ekor kucing terbiar berjaya menemui keluarga baharu. Kesemua kucing tersebut adalah di bawah jagaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Program anjuran bersama Malaysia Animal Association (MAA) dan Unit Kawalan Haiwan Terbiar (UKHT) MPHS ini menerima sambutan yang amat positif, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkasa usaha kebajikan haiwan, khususnya di kawasan Hulu Selangor.

Inisiatif ini turut menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, melalui usaha mengawal populasi haiwan terbiar secara berhemah, serta SDG 15: Kehidupan di Darat, dengan mempromosikan perlindungan dan kebajikan haiwan. Di samping itu, elemen pendidikan kepada masyarakat yang diterapkan sepanjang program ini juga selari dengan SDG 4: Pendidikan Berkualiti, dalam meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap pemilikan haiwan.

MPHS berharap pemilik baharu akan terus memberikan penjagaan yang terbaik kepada kucing-kucing ini, termasuk aspek pemakanan, rawatan kesihatan, vaksinasi serta pemandulan bagi yang layak. Perkara ini amat penting memandangkan sebahagian besar kucing yang diadopsi merupakan kucing jalanan.

Selain menyediakan penempatan baharu, program ini turut berperanan sebagai platform pendidikan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab dalam pemilikan haiwan. Kejayaan penganjuran ini membuktikan bahawa melalui kerjasama dan keprihatinan komuniti, usaha membentuk masyarakat yang lebih penyayang dan bertanggungjawab terhadap haiwan dapat direalisasikan.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#IniSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitSelangor2025
#VisitMalaysia2026
#SukmaSelangor2026
#JPSPPA

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01255098