29 Pemohon Menerima Geran Khas Komuniti Mampan 2.0 Anjuran MPHS

29 PEMOHON MENERIMA GERAN KHAS KOMUNITI MAMPAN 2.0 ANJURAN

MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyerahkan Geran Khas Komuniti Mampan 2.0 Tahun 2023 kepada 29 penerima di dalam satu Majlis Minum Petang yang diadakan di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bahru pada 04 Julai 2023 (Selasa).

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS, TPr Khairulzaman Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia@Selangor, Supritendan Ahmad Faizal bin Tahrim, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Puan Nor Shazilah binti Ibrahim, Penolong Pengarah Seksyen PBT UPEN Selangor serta Ahli Majlis, Agensi Kerajaan dan Pengarah / Ketua Bahagian MPHS.

Tahun 2023 merupakan tahun ke 2 penganjuran program ini dengan peruntukkan sebanyak RM 120,000.00 berbanding tahun 2022 sebanyak RM 100,000.00. Pada majlis tersebut 29 penerima geran adalah terdiri daripada 7 penerima bagi Kategori Komuniti, 3 bagi Kategori NGO, 17 bagi Kategori Institusi Pendidikan dan 2 penerima Kategori Institusi Kegamaan.

Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor kerana telah berjaya melaksanakan inisiatif baru seperti ini dengan kelainan konsep bagi menggalakkan komuniti untuk sama-sama melaksanakan program dan inovasi baru selaras bagi mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Tahniah kepada semua penerima.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052