3 buah Sekolah Menikmati Sarapan Percuma daripada Endowmen MPHS

Hulu Selangor, 8 November 2024. Pada minggu ini Tabung endowmen MPHS telah mengunjungi 3 buah sekolah iaitu Sekolah kebangsaan Gesir Tengah, Sekolah Kebangsaan Sungai Choh dan Sekolah Kebangsaan Kalumpang bagi mengedarkan bungkusan sarapan percuma kepada para pelajar.

Sehingga hari ini Team endowmen MPHS telah berjaya menyampaikan manfaat Tabung Endowmen MPHS berbentuk sarapan percuma kepada 60 buah sekolah di Hulu Selangor dengan jumlah keseluruhan *23,358* *bungkusan* sarapan telah diedarkan secara konsisten pada setiap minggu.Endowmen MPHS komited untuk menyampaikan manfaat ini kepada pelajar-pelajar Sekolah di hulu Selangor demi memperjuangkan matlamat pembangunan Mampan *SDG 1: Sifar Kemiskinan, SDG2: Sifar kelaparan dan SDG 4: Pendidikan Berkualiti.*

Program sarapan percuma pada minggu ini turut disertai oleh oleh Puan Junainah Binti Abdullah , Ketua Bahagian Korporat MPHS bersama-sama Team Endowmen MPHS.

MPHS mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang terus komited menyuburkan Tabung Endowmen MPHS dan MPHS juga menyeru kepada masyarakat hulu selangor untuk terus setia menyumbang agar lebih banyak manfaat dapat diberikan kepada masyarakat Hulu Selangor.

#Jomsumbang

#endowmenMPHS

#sdg1

#sdg2

#sdg4

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#transformasikomunitiperbandaranharmoni

#sustainabledevelopmentgoals

#MPHSGO

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203302