36 penerima daripada 62 permohonan telah menerima Geran Khas Komuniti Mampan 3.0 MPHS

36 PENERIMA TERIMA GERAN KHAS KOMUNITI MAMPAN 3.0 MPHS

23 Julai 2024, Kuala Kubu Bharu : Seramai 36 penerima daripada 62 permohonan telah menerima Geran Khas Komuniti Mampan 3.0 Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dalam usaha memberi peluang kepada komuniti di Daerah Hulu Selangor menyokong hasrat MPHS selaras dengan matlamat pembangunan mampan SDG hari ini.

Dalam majlis tersebut, Yang Berhormat Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Negeri Selangor sendiri telah merasmikan dan menyampaikan geran kepada penerima yang berjaya.

Di dalam ucapan Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd memaklumkan majlis ini diadakan sebagai salah satu inisiatif MPHS dalam memberi bantuan kewangan kepada komuniti di Daerah Hulu Selangor untuk melaksanaan projek dan program ke arah kemampanan bandar.

“Program ini telah memasuki tahun ketiga pelaksanaannya dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM 120,000.00. Daripada jumlah tersebut, setiap penerima akan menerima geran berjumlah RM 2,000.00 sehingga RM 4,000.00" .

“Geran Khas Komuniti Mampan ini melibatkan 4 kategori iaitu kategori Komuniti, NGO, Institusi Pendidikan dan Institusi Keagamaan. Manakala bidang keutamaan yang boleh dipohon adalah terdiri daripada bidang Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Sosial," katanya lagi.

Turut hadir ADUN Kuala Kubu Bharu, YB Puan Pang Sock Tao, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, TPr. Khairulzaman bin Ibrahim serta Ahli-ahli Majlis MPHS.

Pada majlis yang sama juga turut diadakan Majlis Pelancaran Anugerah Satu Komuniti 1 Inisiatif Lestari (SK1IL) . Program ini merupakan kesinambungan daripada program Geran Khas Komuniti Mampan bagi mengiktiraf komuniti yang telah melaksanakan projek dengan memberi impak kepada semua.

Selain itu, penyerahan sijil pelantikan kepada Rakan Kongsi (Partners) MPHS turut diadakan bagi Pelaksanaan Program Zon Bandar Rendah Karbon Tahun 2024. Sebanyak 7 Rakan Kongsi telah menerima sijil pelantikan pada hari ini.

MPHS sentiasa komited dalam melaksanakan insiatif kemampanan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam memberi peluang dan sokongan kepada komuniti daerah Hulu Selangor.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 26 July 2024, 09:33:22.
Total Visitors :
00803353