8TH SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT (SIBS) 2024
Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 : Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 25 – 27 Julai 2024 merupakan inisitaif Kerajaan Negeri Selangor dalam menarik pelaburan dari dalam dan luar negara.
Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 yang telah dirasmikan oleh Dato Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari. Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd telah hadir pada majlis tersebut. Turut hadir pada majlis ini Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS, TPr. Gs. Azlina bin Mokhtar dan Ahli Majlis MPHS.
Pada program ini juga pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) juga turut menyertai reruai Sempena Selangor Investment Industrial Park Expo (SPARK) di Dewan 1 (Booth 1026) . Tuan Yang Dipertua turut melawat reruai pameran yang terdapat disini.