Anugerah Kejiranan Hijau 2022 (AKH 2022)

Sesi Lawatan Tapak Oleh Penilai Kategori PBT

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengemukakan penyertaan bagi Kategori PBT di dalam Anugerah Kejiranaan Hijau 2022 (AKH 2022) yang dianjurkan oleh PLANMalaysia. Susulan dari penyertaan tersebut, MPHS telah disenarai pendek oleh pihak urusetia bagi pertandingan ini.

Lawatan Tapak oleh Panel Penilai bagi Kategori PBT ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah dihadiri oleh Tuan TPr. Wan Andrey bin Wan Mahmood, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Maklumat dan Guna Tanah Negara, PLANMalaysia, Encik Irwan Shah bin Sahar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLANMalaysia dan Puan Shahidatul binti Che Wan Ahmad, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLANMalaysia. Kehadiran Juri Penilai disambut oleh Tuan Awalludin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Lawatan Penilaian Ke Tapak bagi AKH 2022 ini melibatkan penyertaan bagi inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MPHS iaitu inisiatif Penyediaan Laluan Pejalan Kaki, Laluan Basikal, Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH), Kebun Komuniti Berpusat, Pusat Kompos dan Pusat Kitar Semula Pintar SIDINA Adenium, MPHS.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052